Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Kerja Di PUSPAKOM? Bina Kerjaya Anda Sebagai Call Centre Agent Dengan Kelayakan SPM Sahaja!

1,261

Siapa cakap ada SPM susah nak kerja sekarang ini?

Anda boleh mohon pelbagai jenis pekerjaan dengan menggunakan SPM sahaja dengan bekerja di PUSPAKOM sebagai Call Centre Agent.

Sediakan resume anda, update dan masukkan gambar anda yang terkini seterusnya mohon melalui emel yang dikongsikan disini sahaja.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN CALL CENTRE AGENT

Jika anda perlukan pekerjaan ini dengan segera, sila buat permohonan sebelum:

  • 20 September 2021

Baca juga: Ini Syarat & Kelayakan Sebagai Pegawai & Perajurit Muda PSSTLDM. Isi Borang Disini Untuk Permohonan

KELAYAKAN PERMOHONAN

Pastikan anda layak untuk memohon jawatan sebagai Call Centre Agent di PUSPAKOM.

Kelayakan untuk permohonan sebagai Call Centre Agent di PUSPAKOM ialah:

  1. Minimum pendidikan SPM, Diploma
  2. Boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  3. Boleh menggunakan komputer dengan baik
  4. Berdisiplin dan berintegriti tinggi
  5. Lepasan graduan digalakkan untuk membuat permohonan ini

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan untuk jawatan ini adalah:

  • CV terkini lengkap gambar berukuran pasport terkini
  • Surat mohon kerja
  • Salinan sijil akademik yang berkaitan

CARA MOHON

Cara mohon adalah sangat mudah iaitu dengan menghantar semua dokumen yang diperlukan diatas pada emel berikut:

May be an image of text that says 'PUSPAKOM DRB-HICOM PENGAMBILAN SEGERA CALL CENTRE AGENT Bina kerjaya anda bersama PUSPAKOM LOKASI PUSPAKOM Shah Alam, Seksyen 28 KELAYAKAN 1. Mininum pendidikan SPM, Diploma 2. Boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Malaysia & Inggeris 3. Berpengetahuan dalam menggunakan komputer Berdisiplin berintegriti tinggi 5. Lepasan graduan digalakkan memohon Tarikh Akhir Permohonan 20 September 2021 Hantarkan CV anda yang telah dikemaskini ke: recruitment@puspakom.com.my'

TIPS UNTUK BEKERJA SEBAGAI CALL CENTRE AGENT

Sebagai persediaan untuk bekerja sebagai Call Centre Agent, anda boleh ikuti tips yang dikongsikan ini iaitu:

UCAPAN SELAMAT (GREETINGS)

  • Setiap perbualan mesti ada ucapan selamat. Contohnya Salam Sejahtera, Terima Kasih kerana sudi menghubungi (nama syarikat).

GELARAN YANG SESUAI

  • Gunakan gelaran yang menunjukkan rasa hormat dan profesionalisme anda dalam pekerjaan kepada pelanggan seperti Tuan/Puan/Encik/Cik.

PENDENGAR YANG BAIK

  • Fokus dengan apa yang pelanggan tekankan ketika membuat panggilan.
  • Ulang semula apa yang pelanggan cerita dan apa yang anda faham. Jika tersilap, pelanggan akan betulkan semula dan mengurangkan call back dari anda kepada pelanggan.

JAWAB DENGAN TEPAT

  • Jawab isu yang dinyatakan kepada pelanggan dengan tepat setelah mendengar apa yang dinyatakan oleh mereka.
  • Jika ada pilihan untuk menyelesaikan masalah, sila tanyakan kepada pelanggan untuk mereka membuat pilihan.

SELESAIKAN MASALAH

  • Pastikan jawapan yang diberikan dapat menyelesaikan masalah atau pertanyaan pelanggan.
  • Buat follow up dengan pelanggan mengikut tarikh yang ditetapkan dan jangan biarkan pelanggan yang membuat panggilan telefon ke Call Centre.

SIMPATI, EMPATI & APATI

  • Simpati: Perasaan kasihan terhadap masalah yang dihadapi pelanggan. Mohon maaf kepada pelanggan yang ada masalah.
  • Empati: Mesti faham apa yang pelanggan rasa. Tunjukkan yang anda faham dengan apa yang pelanggan alami.
  • Apati: Merupakan sifat kurang belas kasihan terhadap pelanggan. Kurangkan rasa apati dan sifat apati ini sangat beretntangan dengan simpati dan empati.

Sebagai Call Centre Agent, layan pelanggan dengan baik menggunakan beberapa tips yang dikongsikan ini, pastinya pelanggan akan berpuas hati dengan servis yang anda berikan.

Semoga anda berjaya dalam permohonan anda dan semoga tips yang dikongsikan ini membantu anda!

Baca juga: Nak Jadi Pereka Grafik? Mohon Personal MyStep Pereka Grafik Kementerian Pertahanan, Hantar Emel Dengan Segera!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...