Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pek Jasa: Pelan Data Internet Tanpa Had Istimewa Buat Guru Dengan Hanya RM59 Sebulan

Cara Daftar Pelan Data Internet Pek Jasa Unifi Guru

0 2,047

Pek JASA merupakan satu pelan mobile yang menawarkan pakej data internet tanpa had, panggilan tanpa had dan mesej tanpa had pada harga yang murah setiap bulan tetapi dengan syarat anda merupakan pelanggan perkhidmatan jalur lebar di bawah Telekom Malaysia (TM) serta menggunakan model telefon Band 5.

Pek JASA ini diperkenalkan oleh TM kepada golongan pendidik sebagai usaha untuk memudahkan urusan mereka. TM memahami kesukaran guru-guru dalam mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran yang kini banyaknya online. TM juga berhasrat bagi menggalakkan guru-guru menguruskan tugas harian dan aktiviti-aktiviti lain dengan hanya satu klik.

pek jasa 2

Selain itu, pelanggan yang melanggan pek JASA ini akan memperolah set telefon mudah alih secara percuma jika perkhidmatan unifi mobile diaktifkan dalam masa 30 hari.

Untuk anda yang ingin melangaan perkhidmatan jalur lebar dari TM, pakej ini turut menawarkan Unifi Lite, Advance atau Pro bersama dengan Pek JASA ini.

PAKEJ JALUR LEBAR DI BAWAH TM

Berikut merupakan pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh TM yang boleh anda langgan bersama-sama pek JASA ini

pek jasa 1

TEMPOH LANGGANAN PEK JASA

Untuk pengetahuan anda, pek JASA ini hanya boleh dilanggan dalam tempoh tertentu sahaja. Tempoh langganan pek ini adalah seperti berikut

  • Tempoh Langganan Pek JASA: 13 Mac 2018 – 31 Disember 2018

SYARAT-SYARAT MELANGGAN PEK JASA

Anda perlu memenuhi beberapa syarat ini untuk memastikan anda layak untuk memohon pek JASA ini. Antara syarat-syarat kelayakan anda melanggan adalah seperti berikut:

  • Anda mestilah merupakan seorang guru atau pegawai yang berdaftar di bawah
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di PPD atau JPN.
  • Anda haruslah merupakan pelanggan TM sedia ada atau pelanggan baru pakej unifi atau pro unifi. Jika tidak, anda boleh melanggan pakej-pakej ini.
  • Anda mesti mempunyai Surat Pengesahan Rasmi Jawatan dari Guru Besar atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
  • Anda hanya boleh melanggan promosi ini pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Namun, TM mungkin akan memanjangkan tempoh kempen ini. (Berdasarkan kepada TM)
  • Anda perlu menggunakan telefon model Band 5 sahaja.

pek jasa 4KELEBIHAN YANG ANDA PEROLEH DARIPADA PEK JASA

  • Anda akan menikmati data internet tanpa had, panggilan tanpa had dan juga pesanan sms tanpa had.
  • Panggilan dan sms ini merangkumi semua panggilan dan sms domestik ke semua pengendali mobile lain.
  • Bayaran bulanan yang perlu anda bayar juga murah sahaja. (RM 59 sebulan)
  • Anda akan memperoleh telefon pintar percuma daripada pek JASA ini.
  • Anda akan dapat menikmati perkhidmatan coverage yang laju dan lancar kerana TM mempunyai liputan yang luas di seluruh pelusuk tanah air.pek jasa 3

CARA-CARA MELANGGAN PEK JASA

Jika anda berhasrat untuk melanggan pek JASA ini, anda bolehlah berbuat demikian. Namun anda haruslah memastikan anda memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan. Cara-cara untuk anda melanggan pek JASA ini adalah seperti berikut:

  • Anda perlu melanggan mana-mana pakej unifi TM terlebih dahulu. (Jika anda sudah melanggan, tidak perlu melanggan lagi.)
  • Anda harus membawa Kad Pengenalan, surat pengakuan rasmi dari Pengetua atau Guru Besar sekolah atau Ketua Jabatan dengan cop rasmi dari pejabat sekolah atau JPN ke TMPoint terdekat.
  • Anda perlu mengisi borang langganan yang akan diberikan di TMPoint tersebut.

Pek JASA ini merupakan satu usaha dalam memudahkan guru bagi menempuhi pendidikan abad ke 21 ini. Diharapkan semua guru dapat merebut peluang keemasan ini.

Dapatkan maklumat lanjut Pek Jasa di sini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...