Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, semua pelajar IPT digalakkan untuk hadir ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin untuk vaksinasi secara walk-in sebelum hadir ke IPT secara bersemuka.
Seperti yang dijadualkan, pelajar IPT akan kembali semula ke kampus masing-masing mulai 15 Oktober 2021 ini.
Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak lengkap vaksin? Adakah mereka tidak boleh mengikuti pembelajaran sepanjang tempoh tersebut?
TARIKH KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS IPT
Isi Kandungan
Seperti yang dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi, semua pelajar IPT akan masuk semula ke kampus masing-masing mulai:
- 15 Oktober 2021 secara berperingkat
MAKSUD VAKSIN LENGKAP
Seperti yang semua sedia maklum, hanya pelajar IPT yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk pulang semula ke kampus.
Bagi yang ingin tahu apa itu vaksin lengkap, ia bermkasud:
Vaksin Covid-19 2 Suntikan (Pfizer, AstraZeneca & Sinovac)
- 14 hari selepas suntikas dos kedua
Vaksin Covid-19 1 Suntikan (Cansino, Johnson & Johnson)
- 28 hari selepas suntikan
PEMBELAJARAN PELAJAR IPT TIDAK DAPAT PULANG KE KAMPUS
Bagi pelajar IPT yang tidak lengkap vaksin dan tidak dapat pulang ke kampus, para pelajar akan:
- Mengikuti pembelajaran secara HIBRID, mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
KAEDAH PERGERAKAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS IPT
Hanya 4 kaedah pergerakan kemasukan pelajar ke kampus IPT yang dibenarkan iaitu:
- Menggunakan kenderaan sendiri
- Dihantar oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap 2 dos vaksin
- Berkongsi kenderaan berdasarkan kapasiti yang ditetapkan di mana pemandu dan penumpang juga telah lengkap 2 dos vaksin
- Menggunakan pengangkutan udara
- Surat kebenaran pergerakan daripada PDRM
- Ujian SWAB RT-PCR (dapatkan ujian percuma di klinik atau kemana-mana makmal ujian swasta)
BAWA DOKUMEN INI WALK-IN VAKSIN REMAJA
Apa yang perlu dibawa sekiranya hadir ke PPV untuk vaksinasi remaja nanti?
Pastikan:
- Anda hadir bersama ibu atau bapa/penjaga (untuk tandatangan borang kebenaran vaksinasi)
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda
- Telefon bimbit yang mendaftar MySejahtera (jika ada)
- Pen untuk tadatangan CONSENT
Rujuk: Vaksinasi Remaja Secara Walk-In, Apa Yang Perlu Dibawa?
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai pergerakan masuk ke kampus, kaedah pembelajaran bagi pelajar belum lengkap vaksin dan berkaitan, sila hubungi Pihak Pengurusan IPT masing-masing atau Pusat Operasi Kementerian Pengajian Tinggi di saluran berikut:
- 03 8870 6777/6949/6623/6628
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.