Cepat Rebut Peluang Berniaga Di Lorong Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Mohon Secara Online Sebelum 15 Jun 2021

Jom semua belia yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur rebut peluang yang telah diberikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan ini.

Anda diberikan peluang untuk berinaga di ruang perniagaan harian Kuala Lumpur yang sangat terkenal iaitu di Lorong Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Lorong TAR.

Dapatkan syarat permohonan dan cara membuat permohonan disini. Mohon segera sebelum terlambat!

Baca juga: Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) Percuma Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama Sebulan. Semak Jadual Ini

INFO RINGKAS RUANG PERNIAGAAN HARIAN KUALA LUMPUR

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah membuka peluang berniaga kepada belia yang berada di Kuala Lumpur untuk berniaga di ruang perniagaan seperti berikut:

  • Tempat: Lorong Tunku Abdul Rahman (Lorong TAR)
  • Hari perniagaan: Setiap hari kecuali Sabtu
  • Waktu perniagaan: 2 petang – 10 malam
  • Jenis perniagaan: Semua jenis perniagaan tanpa perlu memasak

Untuk pengetahuan anda, kanopi juga disediakan buat anda! Apalagi, rebuatlah peluang ini!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jika anda berminat, sila mohon dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 15 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan peluang berniaga di Lorong TAR ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Keutamaan diberikan kepada golongan belia

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online sahaja. Untuk membuat permohonan, sila klik:

Cepat Rebut Peluang Berniaga Di Lorong Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Mohon Secara Online Sebelum 15 Jun 2021

  • Klik SETERUSNYA untuk melengkapkan borang permohonan anda.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.

  • Tandakan √ pada kotak PERAKUAN dan klik HANTAR PERMOHONAN.
  • Permohonan anda telah berjaya dihantar.

Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat seterusnya di:

Atau;

  • Bahagian Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Telefon:  03 2028 2229
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.