Cepat Rebut Peluang Berniaga Di Lorong Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Mohon Secara Online Sebelum 15 Jun 2021
Jom semua belia yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur rebut peluang yang telah diberikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan ini.
Anda diberikan peluang untuk berinaga di ruang perniagaan harian Kuala Lumpur yang sangat terkenal iaitu di Lorong Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Lorong TAR.
Dapatkan syarat permohonan dan cara membuat permohonan disini. Mohon segera sebelum terlambat!
INFO RINGKAS RUANG PERNIAGAAN HARIAN KUALA LUMPUR
Isi Kandungan
Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah membuka peluang berniaga kepada belia yang berada di Kuala Lumpur untuk berniaga di ruang perniagaan seperti berikut:
- Tempat: Lorong Tunku Abdul Rahman (Lorong TAR)
- Hari perniagaan: Setiap hari kecuali Sabtu
- Waktu perniagaan: 2 petang – 10 malam
- Jenis perniagaan: Semua jenis perniagaan tanpa perlu memasak
Untuk pengetahuan anda, kanopi juga disediakan buat anda! Apalagi, rebuatlah peluang ini!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Jika anda berminat, sila mohon dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:
- 15 Jun 2021
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat permohonan peluang berniaga di Lorong TAR ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Berumur 18 tahun ke atas
- Keutamaan diberikan kepada golongan belia
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online sahaja. Untuk membuat permohonan, sila klik:
- https://usahawanwp.kwp.gov.my/
- Isikan maklumat anda dengan selengkapnya seperti yang diperlukan.
- Klik SETERUSNYA untuk melengkapkan borang permohonan anda.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Tandakan √ pada kotak PERAKUAN dan klik HANTAR PERMOHONAN.
- Permohonan anda telah berjaya dihantar.
Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat seterusnya di:
- Urusetia: Bahagian Sosio Ekonomi, Kementerian Wilayah Persekutuan
- Telefon: 03 – 8889 7636 / 7644 / 7893 / 7767 / 7853
- [email protected] atau [email protected]
Atau;
- Bahagian Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Telefon: 03 2028 2229
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.