Pembayaran Zakat Di Shopee & Dapat 200 Syiling Ganjaran

Apabila segalanya teknologi dihujung jari dimanfaatkan dengan sepenuhnya, Shopee bukan lagi sekadar gedung membeli belah secara online, malahan anda juga boleh membuat pembayaran zakat di Shopee dan berpeluang untuk mendapat 200 syiling ganjaran ke akaun anda.

Best juga ye kalau buat bayaran zakat di Shopee ni. Kewajipan kepada agama dilunaskan, ganjaran untuk membeli belah pun dapat dalam masa yang sama.

Jadi, Lambaga Zakat Selangor (LZS) dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak (MAIPk) telah melantik Shopee sebagai ejen kutipan zakat secara online untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat secara norma baharu.

TARIKH MULA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

Pengguna dan pembayar zakat boleh menggunakan Shopee untuk membuat pembayaran zakat serta fitrah tanpa had bermula:

  • 18 Disember 2020

TARIKH KEMPEN PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

Tarikh kempen pembayaran zakat melalui Shopee bermula:

  • 22 Disember hingga 31 Disember 2020.

1,000 pembayar zakat terawal akan menerima 200 syiling Shopee ke dalam akaun Shopee masing-masing.

Secara tidak langsung, zakat yang dibayar dapat membantu golongan asnaf dan yang memerlukan untuk meneruskan hidup terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat Covid-19.

MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE

Sebelum membuat pembayaran zakat melalui Shopee, anda perlu memuat turun aplikasi Shopee terlebih dahulu seperti berikut:

iOS (APPSTORE)

Pembayaran Zakat Di Shopee & Dapat 200 Syiling Ganjaran

ANDROID (PLAYSTORE)

Pembayaran Zakat Di Shopee & Dapat 200 Syiling Ganjaran

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

Untuk membuat pembayaran zakat melalui Shopee, anda hanya perlu:

  • Klik DEALS, TOP-UPS & BILLS

Pembayaran Zakat Di Shopee & Dapat 200 Syiling Ganjaran

  • Pembayaran zakat boleh dilakukan dengan e-wallet ShopeePay, kad debit, pembayaran secara online dan tunai di kaunter 7-eleven.
  • Untuk langkah seterusnya, akan dikemaskini pada 18 Disember 2020.

Jom rebut peluang berzakat sambil menerima ganjaran 200 syiling melalui aplikasi Shopee dan tidak perlu lagi ke kaunter serta patuhi SOP yang disyaratkan kerajaan.

Juga ambil tahu mengenai zakat KWSP seperti syarat pengiraan dan kaedah bayaran disini.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.