Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini
Pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin menyambung pengajian dan memerlukan bantuan dari segi kewangan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi pengambilan 2021/2022.
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA akan dibuka mulai 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021.
Pendaftaran juga adalah secara atas talian dan permohonannya adalah sangat mudah melalui tutorial yang dikongsikan disini.
TARIKH PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA
Isi Kandungan
Tarikh untuk permohonan Pembiayaan Yayasan ANGKASA akan dibuka mulai:
- 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021
KAEDAH PERMOHONAN
Kaedah permohonan adalah seperti berikut:
- Pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
- Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
- Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan yang boleh anda ikuti:
Langkah 1 (Pembayaran PIN PPYA)
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2 : Nombor Telefon Anda
Nota: Sila simpan salinan resit untuk rujukan anda.
Langkah 2 (SMS Nombor PIN)
- Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti berikut:
” Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2019. Pin permohonan adalah [XXXXX] ”
Nota: SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
Langkah 3 (Daftar)
- Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di pautan: https://www.yayasanangkasa.coop/pya
KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN
Permohonan adalah untuk kategori berikut:
- Ijazah Sarjana Muda (Degree)
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Separuh Masa / PJJ
- Ijazah Sarjana (Master)
- Doktor Falsafah (PhD)
Manakala kelayakan asas permohonan bagi setiap kategori ialah:
- Warganegara Malaysia
- Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi
- Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
- Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
- Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)
Klik sini untuk dapatkan kelayakan bagi setiap kategori permohonan: https://www.yayasanangkasa.coop/pya
KEISTIMEWAAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN ANGKASA
Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu:-
- Program motivasi (untuk pelajar baru)
- Program kaunseling (bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80)
- Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir)
Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:-
SISTEM KELAS | PERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA |
Pertama | 100% Biasiswa |
Kedua Atas | 60% Biasiswa |
Lain-lain | 100% Pembiayaan |
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA juga tidak mengenakan sebarang caj faedah.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila dapatkan di:
- Telefon: +603 – 7880 5358
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.