Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Langkah Mudah Mohon Pembiayaan Perniagaan PUNB Sehingga RM10 Juta Semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)

1,291

Pembiayaan perniagaan kepada usahawan yang mempunyai masalah kewangan bukan sahaja disediakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah juga disediakan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Usahawan boleh membuat permohonan pembiayaan perniagaan semasa tempoh pelaksanaan PPN menerusi Pembiayaan Perniagaan PUNB dengan hanya 3 langkah mudah sahaja.

Apakah 3 langkah mudah tersebut serta syarat permohonan yang telah ditetapkan?

JUMLAH PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB PPN

Jumlah pembiayaan perniagaan PUNB semasa tempoh pelaksanaan PPN adalah:

  • Bermula RM100 ribu sehingga RM10 juta

TEMPOH PEMBIAYAAN & KADAR KEUNTUNGAN

Tempoh pembiayaan bagi pembiayaan perniagaan PUNB adalah sehingga:

  • 7 tahun 

Kadar keuntungan pula adalah:

  • 5% hingga 8% setahun

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN

Usahawan yang berjaya dalam permohonan akan mendapat beberapa keistimewaan seperti:

  • Pembiayaan patuh syariah.
  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan.
  • Rebat pembiayaan.
  • Cagaran yang minimum.
  • Proses penilaian yang telus.

SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB PPN

Antara syarat permohonan pembiayaan yang ditetapkan PUNB ialah:

  • Syarikat atau perniagaan telah beroperasi 18 bulan ke atas.
  • Syarikat mestilah entiti milikan tunggal/perkongsian/syarikat diperbadankan.
  • Syarikat memiliki rekod kewangan terkini.
  • Jualan tahunan perniagaan tidak kurang RM300 ribu.
  • Syarikat dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera.

3 LANGKAH MUDAH MOHON PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Hanya 3 langkah mudah sahaja untuk mohon pembiayaan perniagaan PUNB semasa tempoh PPN iaitu:

No photo description available.

Baca juga: Smart Automation Grant 2021 (SAG) Sehingga RM200,000 & Mohon Sebelum 25 September Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Perniagaan PUNB semasa tempoh PPN di:

  • Talian Khidmat Pelanggan: 1 300 13 7862
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...