Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan pemberian RM500 secara tunai sekali bayar kepada 2 golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Golongan tersebut adalah individu dari golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Apakah syarat kelayakan bagi kedua-dua golongan ini untuk menerima bantuan RM500 tunai secara one-off? Semak kelayakan menerima bantuan RM500 yang disediakan melalui artikel ini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 ONE OFF
Isi Kandungan
Tarikh bayaran untuk bantuan RM500 one-off PEMERKASA adalah pada:
- Bulan Jun 2021
GOLONGAN SASARAN PENERIMA BANTUAN RM500 & BAYARAN TAMBAHAN RM500 BPR
Terdapat 2 golongan yang bakal menerima bantuan RM500 dan bayaran tambahan RM500 BPR iaitu:
- Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.
- Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500 ONE OFF PEMERKASA
Antara syarat yang dinyatakan untuk menerima bantuan RM500 one-off PEMERKASA adalah:
- Golongan B40 yang telah hilang pendapatan
- Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
- Berumur 21 hingga 60 tahun
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN BANTUAN RM500 ONE OFF PEMERKASA
Untuk pengetahuan anda juga, bantuan RM500 ini:
- Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
- Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
- Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan antara individu yang berstatus bankrap dengan pihak bank, bagi membolehkan golongan berkenaan turut menikmati bantuan Kerajaan.
- Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan RM500 kepada golongan B40 dan tambahan RM500 kepada penerima BPR, sila hubungi LHDN di:
- Talian Hotline BPR: 1-800-88- 2747
- Laman Rasmi BPR: https://bpr.hasil.gov.my/
- Laman Rasmi LHDN: http://www.hasil.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.