Masa kini peniaga secara kecil-kecilan juga telah mendaftarkan perniagaan masing-masing melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
Namun, apa yang perlu dilakukan sekiranya pemilik perniagaan milikan tunggal meninggal dunia?
Teruskan bacaan anda untuk ikuti penjelasan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai apa yang perlu waris lakukan sekiranya perniagaan milikan tunggal meninggal dunia.
APA ITU SSM?
Isi Kandungan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.
Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
- Nama sendiri: Menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan. Kategori ini tidak perlu semakan untuk kelulusan. Contoh
Ruslan Bin Mohamad, Lee Yng Fei dan Sharmila A/P Avaniappan. - Nama tred: Nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering dan ABS Unggul Enterprise.
PEMILIK PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL MENINGGAL DUNIA?
Apakah yang perlu dilakukan oleh waris atau wakil peribadi sekiranya pemilik perniagaan milikan tunggal meninggal dunia?
Apa yang perlu dilakukan oleh wakil peribadi atau waris sekiranya pemilik perniagaan milikan tunggal meninggal dunia ialah:
- Wakil peribadi atau waris kadim sekutu perniagaan yang meninggal dunia, hendaklah memfailkan satu notis penamatan dalam Borang C.
Jika perniagaan masih beroperasi pula:
- Waris dibenarkan mendaftarkan perniagaan baru menggunakan nama perniagaan yang sama dengan nombor pendaftaran berbeza dengan syarat nama perniagaan tersebut tidak didaftarkan oleh pemilik perniagaan lain.
Kemudian:
- Waris boleh memohon surat pengesahan perniagaan yang ditamatkan dengan fi kadar ditetapkan bagi membolehkan berurusan dengan agensi berkaitan perniagaan berkenaan sebelum ini.
MUAT TURUN BORANG C SSM
Sekiranya ahli keluarga ada yang merupakan pemilik perniagaan milikan tunggal dan telah meninggal dunia, sila muat turun borang C SSM disini sahaja:
PANDUAN MENGISI BORANG C
Syarat untuk memohon pemberitahuan penamatan perniagaan berdaftar adalah seperti berikut:
- Pemilik atau rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
- Perlu kemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran yang belum tamat tarikh pendaftaran semasa permohonan. Jika tarikh pendaftaran perniagaan telah tamat pendaftaran, tidak perlu mengemukakan Borang C kerana pendaftaran perniagaan dianggap telah tamat pendaftaran di bawah APP 1956.
- Sila kemukakan salinan Sijil Kematian atau Perintah Mahkamah sekiranya penamatan perniagaan disebabkan kematian atau perintah mahkamah.
Kemudian lengkapkan borang anda dengan:
- Memasukkan nombor pendaftaran dan nama perniagaan seperti di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran.
- Tandakan sebab penamatan perniagaan sama ada:a) Berhenti berniaga
b) Pembubaran perkongsian
c) Kematian
d) Perintah mahkamah
e) Lain-lain (nyatakan) - Pemilik / rakan kongsi perlu menulis nama penuh, No. MYKAD/MYPR dan menandatangani atau cop jari pada ruang pengesahan disediakan dan tuliskan tarikh permohonan. Lengkapkan pengesahan pemilik di helaian yang baru, jika tidak mencukupi.
Lihat contoh ini untuk memudahkan cara mengisi Borang C seperti berikut:
Selepas ini tidak ada masalah lagi sekiranya pemilik perniagaan milikan tunggal telah meninggal dunia. Download borang atau hadir ke pejabat SSM terdekat untuk proses penamatan perniagaan.
Baca juga: Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM
Jangan lupa hebahkan dengan yang lain ya! Semoga bermanfaat.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.