PENERIMA BPN 2.0 BUJANG RM500 & RM300. MENGAPA BERBEZA?
Isi Kandungan
“Saya adalah individu bujang. Mengapa kawan saya yang bujang mendapat bantuan sebanyak RM500 tetapi saya pula RM300?”
Pastinya ini adalah persoalan yang akan penerima bantuan BPN 2.0 terutamanya individu bujang persoalkan dimana ada yang mendapat sebanyak RM500 dan rakan bujang yang lain menerima bantuan sebanyak RM300.
Ini adalah kerana terdapat 2 kategori bujang yang layak untuk menerima bantuan BPN 2.0 ini.
2 KATEGORI BUJANG PENERIMA BPN 2.0
2 kategori bujang tersebut ialah :
1 PENDAPATAN RM2,000 DAN KE BAWAH
Untuk individu kategori (B40) ini akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada 26 Oktober 2020 dan bulan Januari 2021.
2 PENDAPATAN RM2,001 HINGGA RM4,000
Untu inidividu kategori (M40) ini pula akan menerima bantuan sebanyak RM300, juga dibayar sebanyak 2 fasa iaitu pada 26 Oktober ini dan pada bulan Januari 2021.
Nota : Bagi permohonan baru BPN 2.0 pula akan dibayar sekaligus pada bulan Januari 2021.
Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan BPN 2.0 kerana bantuan akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang diluluskan sebelum ini.
Untuk permohonan baru dan rayuan pula, sila klik disini untuk mendapatkan info yang lebih jelas.
SEMAKAN PERMOHONAN, RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.