Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan Permohonan, Rayuan & Tarikh Pembayaran BPN 2.0

7,033

SEMAKAN PERMOHONAN, RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0

Dah buat permohonan BPN 2.0 atau belum? Bagaimana dengan semakan status BPN terkini? Nama anda tersenarai sebagai penerima tak?

Kepada pemohon baru BPN pastikan anda membuat kemaskini segera sebelum 15 November 2020 untuk tidak terlepas bantuan kali ini.

TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0

Terkini, bayaran BPN 2.0 dikhabarkan akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020.

Sebanyak 10.6 juta penerima sedia ada BPN 2.0 akan menerima bayaran fasa pertama yang berjumlah RM7 bilion pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Bayaran ini adalah mengikut pecahan kategori seperti jadual pembayaran di bawah :

BPN 2.0 : Dibayar Secara Berperingkat Mulai 26 Oktober

PERMOHONAN BARU BPN

Bagi permohonan baru BPN 2.0, anda boleh membuat permohonan bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Permohonan ini dibuka kepada mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini. Jika permohonan anda diterima, bayaran dibuat secara sekaligus pada Januari 2020.

LAYAK TAPI TAPI TAK LULUS! BAGAIMANA BUAT RAYUAN BPN 2.0

“Saya layak tapi permohonan tak lulus”

Jika anda layak tapi permohonan tak lulus maka anda boleh membuat rayuan untuk semakan semula permohonan anda.

Anda hanya perlu ikut langkah-langkah dibawah untuk membuat rayuan BPN 2.0.

3 JENIS RAYUAN PERMOHONAN BPN 2.0

Untuk membuat rayuan permohonan, ia boleh dibuat secara :

  • Online
  • Melalui emel
  • Terus ke cawangan LHDN yang terdekat dengan anda.

CARA MEMBUAT RAYUAN BPN ONLINE

  • Untuk permohonan secara online, anda hanya perlu layari laman web rasmi BPN iaitu : https://bpn.hasil.gov.my/
  • Buat semakan status. Jika TIDAK LULUS, klik PERMOHONAN RAYUAN.
  • Paparan PERMOHONAN RAYUAN yang telah berjaya akan dipaparkan

CARA MEMBUAT RAYUAN BPN DI KAUNTER

Untuk permohonan rayuan di kaunter pula,

  • Bawa bersama dokumen seperti Kad Pengenalan anda, surat rayuan dan apa-apa dokumen sokongan yang berkaitan.

RAYUAN MELALUI EMEL

Jika anda ingin membuat rayuan melalui emel pula,

  • Kemukakan rayuan dengan menghantar emel ke [email protected]
  • Sertakan bersama dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat Covid-19.

Untuk semakan BPN 2.0 pula, anda boleh terus ke laman web rasmi BPN seperti yang tertera di atas.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BPN 2.0 ini, sila hubungi :

  • Hasil Care Line : 03 8911 1000 / 603 8911 1100 ( Luar Negara)
  • Hasil Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...