Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

KWSP: Cara Mohon Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman & Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR)

5,924

Siapa cakap sepanjang pandemik Covid-19 ini tidak menjejaskan majikan dan syarikat yang beroperasi?

Sebenarnya, para majikan juga sangat terkesan dengan apa yang berlaku sehingga menarik perhatian KWSP untuk membantu majikan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

KWSP telah melancarkan 2 inisiatif untuk kepada para majikan yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 seterusnya inisiatif yang disediakan ini sangat-sangat membantu majikan pada masa ini.

Baca juga: Cara-cara Mengaktifkan i-Akaun Secara Online Oleh Ahli-ahli KWSP

2 INISIATIF KWSP KEPADA MAJIKAN

Apakah 2 inisiatif yang dilancarkan KWSP dan membantu majikan yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik Covid-19?

2 inisiatif tersebut ialah:

1. PENGECUALIAN CAJ LEWAT BAYAR CARUMAN

  • Majikan diberi kelonggaran untuk tempoh membayar caruman bulan semasa.
  • Pengecualian caj lewat bayar caruman merujuk kepada caj yang dikenakan ke atas majikan yang gagal membayar caruman wajib KWSP pada atau sebelum 15 hari bulan setiap bulan.
  • Walaupun tarikh akhir untuk membayar caruman tersebut tidak berubah, melalui inisiatif ini majikan boleh membayar caruman mereka sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar.
  • Ini akan memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan lebih efektif semasa tempoh mencabar ini.

2. TAWARAN INSENTIF PENGURANGAN CAJ LEWAT BAYAR (e-PaR)

  • Bagi inisiatif e-PaR pula, majikan ditawarkan pengurangan sehingga 70% untuk caj lewat bayar yang tertunggak bagi caruman yang lewat dibayar untuk mana-mana tempoh sebelum Ogos 2021.
  • Untuk layak mendapatkan pengurangan ini, majikan perlu memastikan caruman dan dividen yang tertunggak untuk pekerja mereka bagi tempoh sebelum Ogos 2021 telah diselesaikan sebelum 31 Disember 2021.
  • Pengurangan caj lewat bayar caruman ini bertujuan untuk membantu majikan menguruskan aliran tunai mereka di samping menyediakan peluang dan insentif untuk mereka menyelesaikan sebarang baki pembayaran caruman yang tertunggak.

KWSP perluas pelaburan luar elak risiko pasaran tunggal

TARIKH PERMOHONAN

Majikan yang berminat boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut:

PENGECUALIAN CAJ LEWAT BAYAR CARUMAN

  • Pihak majikan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk inisiatif ini yang akan berkuat kuasa secara automatik bermula caruman bulan September 2021 sehingga Disember 2021.

TAWARAN INSENTIF PENGURANGAN CAJ LEWAT BAYAR (e-PaR)

  • Permohonan e-PaR akan dibuka mulai 13 September 2021 hingga 31 Disember 2021.

KELAYAKAN MOHON e-PAR

  • Terbuka kepada semua majikan swasta.
  • Melibatkan tempoh Caj Lewat Bayar sehingga bulan caruman Julai 2021 (upah Jun 2021).
  • Pastikan semua perkara tertunggak berikut diselesaikan:
    a) Bayaran caruman bulanan sehingga bulan caruman Julai 2021 (upah Jun 2021) adalah teratur.
    b) Bayaran dividen sehingga Julai 2021 adalah teratur (jika ada).
    c) Pelan bayaran ansuran Caj Lewat Bayar adalah teratur (jika ada).
    d) Tiada tndakan undang-undang yang diambil oleh KWSP.

CARA MOHON

Majikan boleh membuat permohonan untuk Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR) melalui pautan KWSP berikut:

KWSP: Apa Itu Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman & Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR)?

Baca juga: i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Cara Mohon Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman & Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR), sila rujuk atau hubungi:

  • Laman web rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA
  • Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Twitter: @KWSPMalaysia
  • Contact Relationship Centre: 03-89226000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...