Bagi sesetengah pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, sudah boleh membuat semakan pengiktirafan kerajaan terlebih dahulu melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam atau eSisraf.
Sekurang-kurangnya dengan membuat semakan pengiktirafan program pengajian ini, ia dapat membantu anda daripada membuang masa dan wang yang dilaburkan sepanjang pengajian.
Macam mana pula nak buat semakan dengan menggunakan sistem eSisraf ini?
INFO RINGKAS eSISRAF
Isi Kandungan
eSisraf adalah:
- Satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan rasmi dari kerajaan Malaysia.
- Fungsi utamanya adalah untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi yang dijalankan di dalam dan luar negara.
Baca juga: Cara Membuat Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melalui Sistem Temujanji Online (STO)
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENGAJIAN eSISRAF
Semakan adalah secara online sahaja. Cara-cara membuat semakan Pengiktirafan Program Pengajian melalui eSisraf adalah seperti berikut:
- Klik Semakan Kelayakan.
- Pilih Negara dan Institusi yang anda inginkan.
- Klik Cari selepas anda memasukkan Kelayakan.
- Klik pautan yang ditunjukkan dibawah.
- Akhir sekali klik ikon pencetak untuk mencetak salinan Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam.
Baca juga: MQR : Semak Pengiktirafan Sijil / Diploma dan Ijazah Anda Di Sini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam eSisraf, sila hubungi eSisraf di saluran berikutL
- Telefon: 03-8688 1900
- E-mel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.