Apabila teknologi digunakan dengan cara yang betul pastinya ia memberikan manfaat buat semua indivudu yang tahu memanfaatkannya.
Ini kerana urusan yang boleh dilakukan secara dalam talian, ianya sangat menjimatkan masa malah, orang ramai tak perlu lagi keluar untuk menyelesaikan urusan masing-masing.
Begitu juga dengan hal ehwal berkaitan dengan kad perakuan pernikahan di negeri Sarawak. Anda boleh buat permohonan Perakuan Kad Nikah secara online sahaja tau!
RUKUN NIKAH DALAM ISLAM
Isi Kandungan
Rukun nikah terdiri daripada 5 perkara asas iaitu:
- Pengantin Lelaki (Suami)
- Pengantin Perempuan (Isteri)
- Wali
- Dua orang saksi
- Ijab dan kabul
Untuk pengetahuan anda juga, 5 rukun nikah ini perlu menepati syarat-syarat sah nikah dan mengandungi kriteria yang perlu ditepati agar pernikahan yang dilangsungkan adalah sah.
CARA MOHON KAD PERAKUAN NIKAH SARAWAK
Syarat utama nak mohon kad perakuan nikah Sarawak ini adalah sangat mudah iaitu:
- TELAH NIKAH & DIDAFTARKAN!
Kalau belum nikah lagi tu, jangan mohon pula ya.
Untuk anda yang ingin membuat permohonan Perakuan Kad Nikah, apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Masuk ke Laman Web Khidmat Islam Sarawak (KISWA): https://kiswa.sarawak.gov.my/
- Register Sarawak ID anda
- Kemudian pergi ke bahagian MUNAKAHAT dan pilih PERMOHONAN PERAKUAN KAD NIKAH.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, sediakan document-dokumen berikut (pastikan ianya discan):
a) Sijil nikah
b) IC Suami
c) IC Isteri
d) Gambar passport Suami
e) Gambar passport Isteri - Buat semakan sebelum tekan butang HANTAR.
- Kemudian hantarkan salinan hardcopy dokumen ke Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Cepat hantar, cepatlah Permohonan Perakuan Kad Nikah anda diproses.
- Tunggu panggilan dari JAIS menyatakan kad perakuan nikah anda telah siap.
CONTOH KAD PERAKUAN NIKAH
Rujuk Kad Perakuan Nikah Sarawak yang telah siap seperti berikut:
Selain daripada kad perakuan nikah Sarawak secara online, anda juga boleh siapkan kad debit anda yang telah tamat tempoh juga secara online seperti berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.