Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perdana Menteri Umum Inisiatif Buat Anak Penerima BR1M Yang Masuk Universiti Dengan Bantuan Sebanyak RM1,500

0 1,534

Berita baik buat anak-anak penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mendapat tawaran masuk universiti akan menerima bantuan sebanyak RM1,500 untuk bayaran pendaftaran universiti.

Perdana Menteri mengumumkan inisiatif ini ketika Majlis Pelancaran Manifesto Pilihanraya Barisan Nasional di Kompleks Axiata sabtu lalu. Hal ini bermakna, setiap anak penerima BR1M yang mendapat tawaran ke universiti akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,500 untuk meringankan beban bayaran yuran pendaftaran.

anak penerima brim

Pelbagai inisiatif lain turut diumumkan dalam majlis itu. Antaranya, Perdana Menteri mengumumkan penambahbaikan BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.

Untuk pengetahuan anda juga, kerajaan telah meluluskan sebanyak 7,084,726 permohonan BR1M daripada rakyat Malaysia sehingga tarikh 31 Mac yang lalu. Hal ini bermakna jumlah penerima BR1M telah meningkat bagi tahun ini.

Jumlah sebanyak ini merangkumi semua bantuan di bawah BR1M seperti bantuan sebanyak RM1,200 kepada sejumlah 3,705,853 penerima isi rumah yang pendapatan bulanannya adalah sebanyak RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada sejumlah 324,973 penerima isi rumah yang pendapatan bulanannya antara RM3,001 sehingga RM4,000 dan bantuan sebanyak RM450 kepada sejumlah 3,053,900 penerima individu yang mempunyai pendapatan sebanyak RM2000 dan ke bawah setiap bulan.

Untuk tujuan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM6.12 billion menurut sumber Kementerian Kewangan. Hal ini adalah untuk tujuan meringankan beban rakyat untuk menghadapi ekonomi semasa yang tidak menentu ini.

Bagi anda yang masih belum memohon BR1M, anda dinasihatkan untuk memohon inisiatif daripada kerajaan ini untuk meringankan beban perbelanjaan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...