Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelajar IPT Boleh Balik Rumah Masing-Masing. Ini 2 Kaedah Pergerakan Pulang Pelajar IPT Secara Berfasa Sempena Cuti Semester

789

Horey! Mulai 12 Julai 2021 ini, Pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti semester 2020/2021.

Kenyataan ini telah diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan para pelajar boleh pulang dengan menggunakan 2 kaedah yang dibenarkan sahaja secara berfasa.

Apakah 2 kaedah pergerakan pulang pelajar untuk bercuti semester 2020/2021 yang dibenarkan? Semak disini.

Baca juga: Siapa Cepat, Dia Dapat! Ini Cara Mohon Laptop & Tablet Percuma Pelajar Sekolah Atau Penuntut IPT

TEMPOH CUTI SEMESTER 2020//2021

Cuti semester akan bermula:

  • Julai hingga Oktober 2021

TARIKH MULA PERGERAKAN PULANG PELAJAR CUTI SEMESTER 2020/2021

Semua pelajar yang bercuti semester 2020/2021 dibenarkan untuk pulang secara berfasa mulai:

  • 12 Julai 2021

Bagi fasa permulaan, pergerakan pelajar hanya dibenarkan di kawasan yang tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Pergerakan pelajar di dalam kawasan PKPD hanya dibenarkan selepas tempoh PKPD tersebut tamat.

KAEDAH PERGERAKAN SEHALA

Kaedah pergerakan sehala yang dibenarkan ialah:

  • Pengangkutan bas yang diselaraskan oleh IPT masing-masing.
  • Menggunakan kenderaan sendiri.

Pelajar IPT Boleh Balik Rumah Masing-Masing. Ini 2 Kaedah Pergerakan Pulang Pelajar IPT Secara Berfasa Sempena Cuti Semester

Nota: Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan merentas negeri untuk membawa pelajar pulang.

PERGERAKAN PULANG PELAJAR KE SABAH, SARAWAK & LABUAN

Bagi pelajar yang pulang ke Sabah, Sarawak dan Labuan, kos ujian calitan (swab test) RT-PCR akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

Kos kuarantin pula akan ditanggung oleh kerajaan negeri masing-masing.

KENYATAAN MEDIA

Pelajar IPT Boleh Balik Rumah Masing-Masing. Ini 2 Kaedah Pergerakan Pulang Pelajar IPT Secara Berfasa Sempena Cuti Semester

Baca juga: Bantuan Pendidikan Ke IPT Yayasan JCorp. Semak Syarat Kelayakan & Buat Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pergerakan Pulang Pelajar Bercuti Semester 2020/2021 sila hubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di:

  • 03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628
  • Laman web IPT
  • Pegawai Penyelaras IPT masing-masing
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...