Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

2 Kategori Urusan Dikecualikan Bayaran Di Jabatan Pendaftaran Negara Sepanjang Tempoh PKP. Apakah Kategori Urusan Tersebut?

1,292

Sepanjang tempoh PKP kali ini banyak urusan yang tertangguh dan banyak juga urusan perlu dilakukan secara online serta melalui janji temu sekiranya melibatkan urusan secara bersemuka.

Jabatan Pendaftaran Negara juga tidak terkecuali dan mereka menggalakkan pelanggan untuk membuat urusan secara online seterusnya membuat janji temu sekiranya urusan yang perlu diselesaikan adalah secara bersemuka.

Kali ini, JPN telah mengumumkan bahawa untuk mengecualikan bayaran bagi 2 kategori urusan yang berkaitan. Apakah urusan tersebut?

PERANAN JPN

JPN berperanan mendaftarkan mendaftarkan peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Walaupun negara sedang berada dalam Pelan Pemulihan Negara, JPN tetap komited dalam menjalankan tugas mereka masing-masing.

2 Kategori Urusan Dikecualikan Bayaran Di Jabatan Pendaftaran Negara Sepanjang Tempoh PKP. Apakah Kategori Urusan Tersebut?

8 URUSAN JPN SECARA ONLINE

Tahukah anda bahawa terdapat 8 urusan JPN secara online yang boleh anda lakukan sepanjang PKP kali ini iaitu:

  1. Sistem MyJanjiTemu
  2. Urusniaga Kad Pengenalan
  3. Permohonan Pendaftaram Kelahiran
  4. Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui
  5. Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Dalam Talian (Bukan Islam)
  6. Semakan Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen (Bukan Islam) Yang Dimohon
  7. Status Permohonan MyKid
  8. myIDENTITY(KemasKini Alamat Surat Menyurat)

2 KATEGORI URUSAN JPN DIKECUALIKAN BAYARAN

Antara 2 kategori yang diberikan pengecualian sepanjang tempoh PKP ialah:

  • Bayaran pendaftaran bagi kelahiran dalam tempoh PKP yang melebihi 60 hari dari tarikh kelahiran.
  • Bayaran permohonan MyKad 12 tahun yang melebihi tempoh 30 hari dari tarikh genap umur tetapi belum genap umur 13 tahun.

Jadi, pelanggan JPN semua yang terlibat dengan kedua-dua urusan ini tidak perlu risau mengenai pembayaran atau denda lewat akibat kelewatan pendaftaran di JPN.

JANJI TEMU DAFTAR KELAHIRAN

Selain itu, anda juga perlu membuat jani temu secara online 2 bulan lebih awal sebelum due date kelahiran agar proses urusan daftar anak anda berjalan dengan lancar.

Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

Rujuk: Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat Janji Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

CARA BUAT JANJI TEMU DI MYJANJITEMU JPN

Untuk membuat janji temu di MyJanjiTemu sila klik:

Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

  • Klik MULA TEMPAHAN
  • Baca terma dan syarat dan klik √ tanda setuju
  • Pilih Tempat & Perkhidmatan, Tarikh & Masa, Maklumat Anda dan klik Slip Tempahan untuk simpanan anda.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...