Pergerakan Rentas Daerah/Negeri Tujuan Kerja Tidak Perlu Surat PDRM, Surat MITI & Surat Majikan Sahaja

Pekerja yang perlu melakukan pergerakan rentas daerah/negeri untuk tujuan kerja tidak perlu surat PDRM seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa pergerakan rentas daerah atau negeri bagi tujuan kerja tidak memerlukan surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pekerja hanya perlu mengemukakan kombinasi surat dikeluarkan MITI dan surat majikan atau surat MITI dan pas pekerja.

SURAT MITI/SURAT MAJIKAN/PAS PEKERJA

Untuk pengetahuan anda, surat MITI tidak perlu dicop oleh PDRM dan surat COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) sedia ada juga boleh digunakan asalkan ia adalah sahih, namun MITI menyarankan pekerja memuat turun surat baharu untuk mengelakkan sebarang isu dengan pihak berkuasa.

Jadi, untuk sebarang pergerakan untuk tujuan kerja nada hanya perlu mengemukakan:

  • Surat MITI
  • Surat Majikan
  • Pas Pekerja

Pergerakan Rentas Daerah/Negeri Tujuan Kerja Tidak Perlu Surat PDRM, Surat MITI & Surat Majikan Sahaja

SENARAI INFO PENTING SEKTOR EKONOMI PKP 3.0

Anda juga boleh mendapatkan info penting untuk sektor ekonomi berkaitan pengumuman PKP 3.0 untuk rujukan anda:

Pergerakan Rentas Daerah/Negeri Tujuan Kerja Tidak Perlu Surat PDRM, Surat MITI & Surat Majikan Sahaja

Baca juga: SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 Untuk Rujukan Anda. Patuhi SOP Mengikut Kategori Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Masing-Masing

SENARAI SOP SEKTOR EKONOMI

Untuk senarai SOP sektor masing-masing, sila rujuk:

Sekiranya memerlukan bantuan teknikal berkaitan akses atau pendaftaran ke CIMS 3.0, anda boleh e-mel ke:

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.