Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perkhidmatan Van Transit Orang Kurang Upaya (OKU) MBPJ Ke PPV Setiap Hari. Dapatkan Info Lengkap Disini

1,501

Gologan Orang Kurang Upaya diberi pelbagai keistimewaan oleh kerajaan dan juga pelbagai bantuan dan disini dapat dilihat bahawa golongan OKU ini sentiasa mendapat perhatian oleh pelbagai pihak.

Selain itu, mereka juga diberi perhatian yang sangat istimewa untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terutamanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menyediakan perkhidmatan Van Transit kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk ke PPV terutamanya penduduk Petaling Jaya.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

SENARAI PPV

Kemudahan Van Transit OKU  oleh MBPJ ini adalah untuk penduduk Petaling Jaya sahaja ke PPV seperti berikut:

  • Sunway Covention Centre
  • Ideal Convention Centre (DCC) Shah Alam
  • Setia City Convention Sentre (Setia Alam)
  • Sime Darby Ara Dmansara (pandu lalu( dan lain-lain PPV di kawasan Petaling Jaya.

OPERASI PERKHIDMATAN

Masa operasi perkhidmatan ialah seperti berikut:

  • Hari: Isnin hingga Jumaat
  • Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Nota: Tempahan hanya diterima pada hari yang sama bermula 8 pagi.

SYARAT PERKHIDMATAN VAN TRANSIT

Syarat perkhidmatan van transit OKU ialah:

  • OKU mestilah penduduk Petaling Jaya.
  • OKU yang memerlukan penjagaan perlu membawa pembantu sendiri ketika menggunakan perkhidmatan ini.
  • Diutamakan untuk OKU yang memerlukan rawatan sekiranya ada permohonan dan untukk OKU berkerusi roda sahaja.
  • Keutamaan kepada OKU yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah, PPR dan pusat jagaan.

Perkhidmatan Van Transit Orang Kurang Upaya (OKU) MBPJ Ke PPV Setiap Hari. Dapatkan Info Lengkap Disini

Baca juga: Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka. Ini Syarat & Dokumen Diperlukan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Perkhidmatan Van Transit OKU MBPJ sila hubungi Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ di talian:

  • Telefon: 03-7956 0203
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...