Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

6 Jenis Bantuan Kerajaan Yang Ditambah Baik Semasa Lockdown Sangat Membantu Rakyat. Anda Dah Mohon?

13,102

Sepanjang tempoh PKP 3.0 atau Total Lockdown kali ini perkara yang paling ditunggu adalah pelbagai bentuk bantuan yang akan diumumkan okeh pihak kerajaan.

Pastinya setiap pengumuman bantuan ini sangat membantu rakyat dari pelbagai golongan untuk menikmati manfaat yang telah diberikan oleh kerajaan.

Nak tahu tak apa 5 bentuk bantuan yang telah diberi penambahbaikan oleh Kerajaan sepanjang Total Lockdown kali ini?

Baca juga: Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat

6 JENIS BANTUAN KERAJAAN DITAMBAH BAIK SEPANJANG LOCKDOWN

Terdapat 6 jenis bantuan yang telah diberi penambahbaikan sepanjang tempoh lockdown ini dan yang terkini adalah Program Prihatin Kasih. Jadi, jom kita lihat apakah bantuan kerajaan lain yang telah ditambahbaik untuk manfaat rakyat Malaysia.

1. Program Prihatin Kasih

  • Merupakan satu bentuk peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.
  • Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
  • Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

2. Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

  • Bantuan Khas Covid-19 ini merupakan satu bentuk bantuan yang disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan:
    • Kelompok miskin tegar
    • B40
    • M40

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

3. Moratorium Bank 6 Bulan Automatik

  • Golongan sasaran moratorium 6 bulan ini adalah untuk semua peminjam inidividu, peminjam usahawan mikro (PKS) dan semua golongan B40, M40 dan T20.
  • Mereka yang terjejas boleh membuat permohonan moratorium secara automatik dan tanpa syarat mulai 7 Julai 2021.
  • Inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini.

4. Pengeluaran iCitra KWSP

  • Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
  • Permohonan iCitra boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

5. Kenaikan Elaun Pesakit Kronik & OKU

Terdapat pelbagai jenis bantuan dan kenaikan elaun untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan antaranya ialah:

  • Bantuan OKU Kehilangan Pekerjaan sebanyak RM500 seorang dan bantuan ini akan memberi manfaat kepada 20,000 inidividu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30 juta.

RM500 Seorang, Bantuan Untuk 3 Bulan Bantu OKU Hilang Pekerjaan

  • Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dari RM350 meningkat kepada RM500, Elaun Orang Kelainan Upaya (OKU) juga meningkat dari RM250 kepada RM300 dan Elaun OKU bekerja juga dinaikkan dari RM400 kepada RM450.

6. BPR Tambahan RM500

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 pada bulan depan seperti diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan dan ia akan disalurkan secara berperingkat mulai 30 Jun 2021.
  • BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 pula akan dibayar pada September, termasuk membabitkan kes lulus rayuan.
  • Secara keseluruhan, nilai BPR sehingga hujung tahun ialah RM4.9 bilion

6 Jenis Bantuan Kerajaan Yang Ditambah Baik Semasa Lockdown Sangat Membantu Rakyat. Anda Dah Mohon?

Baca juga: Cara Mohon RM500 Bantuan Zakat Selangor Peduli Secara Online Untuk Golongan B40 Hilang Kerja

Semoga segala penambahbaikan bantuan yan diberikan oleh Kerajaan memberikan manfaat buat kita semua!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...