Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM100 Sebulan Selama 3 Bulan Program Prihatin Kasih, Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini

3,364

Untuk memastikan semua rakyat tidak ketinggalan dalam menerima bantuan terutamanya dalam bentuk makanan, terkini kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dinamakan sebagai Program Prihatin Kasih.

Seramai 300,000 isi rumah golongan miskin bandar akan diberikan bantuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad menerusi Program PRIHATIN Kasih membabitkan peruntukan RM100 juta.

Jom semak apakah bentuk bantuan yang akan diterima dan apakah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan Program Prihatin Kasih ini.

Baca juga: Jangan Malu Jika Tak Ada Makanan. Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon Online Sahaja

INFO RINGKAS PRIHATIN KASIH

PRIHATIN Kasih adalah penyediaan bantuan makanan tanpa tunai di bawah pakej rangsangan PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin pada bulan Mac 2021.

Objektif PRIHATIN Kasih adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Fasa Pertama yang sudah dilaksanakan pada 1 Julai lalu di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklum balas positif daripada penerima.

Fasa selanjutnya akan dilancarkan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pada Ogos ini, sebelum dikembangkan keNegeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pada September dan Oktober depan.

JUMLAH BANTUAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

Jumlah bantuan Program Prihatin Kasih adalah sebanyak:

  • RM100 setiap bulan selama 3 bulan

TEMPOH PENGGUNAAN DANA PROGRAM PRIHATIN KASIH

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara:

  • 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu:

  • 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon

JENIS BARANG MAKANAN ASAS

Antara jenis barang makanan asas yang boleh dibeli menggunakan peruntukan Prihatin Kasih ialah:

  • Makanan dalam tin
  • Susu bayi
  • Beras
  • Minyak masak
  • Telur dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.

KELAYAKAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

  • Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.
  • Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Nota: Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

Setelah penerima telah diluluskan dan didaftarkan ke program, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem kami di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan dari Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan penting.

Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

RM100 Sebulan Selama 3 Bulan Program Prihatin Kasih, Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini

TARIKH MASUK ELAUN

Elaun RM100 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima seperti berikut:

  • 1 haribulan setiap bulan, selama tiga 3 bulan.

LOKASI PEMBELIAN BARANG

Penerima boleh memberi barang asas makanan di 250 rakan runcit MyKasih di seluruh negara seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Pasar raya
  • Pasar mini bebas

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Prihatin Kasih sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...