Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPK Covid-19 Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

1,656

Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) secara bersasar selama tiga bulan kepada peminjam yang layak.

Peminjam juga boleh membuat permohonan penangguhan secara online sahaja seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Semak cara membuat permohonan penangguhan secara online seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Semak Sini Tarikh Mohon Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan & Tuntutan Ganti Rugi JPA. Cepat Mohon Mulai Sekarang

APA ITU PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPK COVID-19?

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPK akibat penularan Covid-19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik pinjaman PTPK secara bersasar dalam tempoh yang dibenarkan / dilaksanakan oleh PTPK.

KELAYAKAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK

Kelayakan penangguhan bayaran balik PTPK ialah:

  • Semua peminjam/penjamin di bawah Skim Pinjaman Lepasan Sekolah dan Skim Pinjaman Pekerja layak memohon untuk diberi pertimbangan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman secara bersasar COVID-19 ini.
  • Peminjam/ penjamin yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19.
  • Peminjam/ penjamin yang terjejas pendapatan iaitu terdapat pengurangan pendapatan sama ada suami/ isteri/ penjaga atau penjamin (yang membayar balik bagi pihak peminjam) dalam tempoh pandemik COVID-19.

TARIKH MOHON

Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai:

  • 5 Julai 2021 sehingga 30 September 2021

TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPK

Tempoh penangguhan yang akan diberikan adalah selama:

  • 3 bulan iaitu bermula pada bulan permohonan dibuat.

Contoh:

Sekiranya peminjam memohon penangguhan bayaran balik pada 28 Ogos 2021, penangguhan hanya layak untuk bulan Ogos, September dan Oktober 2021 sahaja.

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPK Covid-19 Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPK

Permohonan adalah secara online di:

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPK Covid-19 Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik search untuk semakan
  • Keputusan akan dipaparkan.
Nota: Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja. Penangguhan ini akan diberikan kepada peminjam yang diluluskan selepas permohonan. 
Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPK Covid-19 Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

FAQ PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPK

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...