Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Ada Kerja Sepanjang Covid-19? Ini Cara Mudah Mohon Kerja Borong Kecil (KBK) FELDA

2,216

Warga FELDA yang sedang mencari pekerjaan sepanjang pandemik Covid-19 dipelawa untuk memohon Kerja Borong Kecil (KBK) yang telah dibuka buat warga FELDA yang memerlukan pekerjaan buat masa kini.

Kerja Borong Kecil (KBK) merupakan satu bentuk kerja yang membuka peluang kepada mereka untuk menceburi sektor perladangan sawit.

Jom semak kelayakan dan cara mohon seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

INFO RINGKAS KERJA BORONG KECIL (KBK)

Program KBK ini sebenarnya telah mula dilaksanakan di awal tahun 2021 lagi sebagai langkah awal bagaimana anak peneroka boleh menjadi usahawan kontrak ke ladang-ladang FELDA.

Merupakan kerja-kerja operasi ladang sawit melibatkan 5 jenis kerja utama seperti:

  • Kerja-kerja menuai
  • Memangkas pelepah
  • Membaja
  • Merumput
  • P&D

Tak Ada Kerja Sepanjang Covid-19? Ini Cara Mudah Mohon Kerja Borong Kecil (KBK) FELDA

NILAI KBK

Nilai satu KBK adalah sehingga:

  • RM5,000

 

CARA MOHON KERJA BORONG KECIL (KBK)

Untuk membuat permohonan Kerja Borong Kecil (KBK) FELDA, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  • Semak kelayakan diri sama ada mempunyai kemampuan mahir atau tidak dengan kerja yang bakal dilakukan.
  • Jumpa pengurus FPMSB dengan membawa bersama salinan Kad Pengenalan dan salinan akaun bank.
  • Bertanya jika ada tawaran KBK dan buat permohonan ikut kemampuan kerja.
  • Tiada wang amanah , wang tahanan dan duti setem.
  • Tidak perlu mempunyai syarikat.
  • Lakukan kerja dengan baik seperti yang diamanahkan.
  • Bayaran akan dibuat setelah kerja anda disipakan mengikut tempoh masa dan syarat ditetapkan.

KRITERIA PERMOHONAN KERJA BORONG KECIL (KBK)

Kriteria permohonan Kerja Borong Kecil (KBK) FELDA adalah seperti berikut:

  • Berpengalaman dalam pengurusan ladang sawit.
  • Mempunyai peralatan yang mencukupi.
  • Mempunyai pekerja tempatan
  • Komited dalam pengurusan ladang sawit.

Tak Ada Kerja Sepanjang Covid-19? Ini Cara Mudah Mohon Kerja Borong Kecil (KBK) FELDA

Baca juga: RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

Jadi warga FELDA, jangan tunggu lagi, jom kita mohon KBK dengan segera!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...