Gaji Sehingga RM2,000. Ini Cara Mohon Briged Operasi Ladang, Inisiatif FELDA Kepada Generasi Baru Dalam Perladangan

Berminat dengan kerja di ladang dan di FELDA?

Anda boleh mohon untuk menjadi Briged Operasi Ladang yang telah diperkenalkan melalui Program Penjana 2.0 dan ia telah membuka peluang pekerjaan di ladang kepada warga FELDA terutama belia.

Ayuh belia FELDA, jangan lepaskan peluang yang sedang menanti anda!

Baca juga: Tak Ada Kerja Sepanjang Covid-19? Ini Cara Mudah Mohon Kerja Borong Kecil (KBK) FELDA

INFO RINGKAS BRIGED OPERASI LADANG FELDA

Briged Operasi Ladang merupakan satu inisiatif penting bagi mengubah landskap sektor perladangan dengan menggalakkan penyertaan tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

Jadi, warga FELDA terutama belia sangat digalakkan untuk memohon jawatan Briged Operasi Ladang ini.

Cara Mohon Briged Operasi Ladang, Inisiatif FELDA Kepada Generasi Baru Dalam Perladangan

SKOP KERJA BRIGED OPERASI LADANG FELDA

Skop kerja Briged Operasi Ladang meliputi tiga skop yang utama iaitu:

  • Penuai buah sawit
  • Kerja membaja
  • Kerja meracun

UPAH KERJA

Upah kerja yang ditawarkan adalah mengikut standard MPOB iaitu sebanyak:

  • RM2,000 sebulan

FAEDAH DIPEROLEHI

Antara faedah yang bakal anda perolehi selain gaji yang agak tinggi ialah:

  • Rawatan Perubatan
  • Insentif kehadiran dan produktiviti
  • Elaun motosikal dan rumah.
  • Pelbagai insentif lain turut disediakan.

CARA MOHON

Untuk permohonan, sila kunjungi pejabat-pejabat wilayah Felda untuk sertai Briged Operasi Ladang atau buat prapendaftaran pada pautan berikut:

Cara Mohon Briged Operasi Ladang, Inisiatif FELDA Kepada Generasi Baru Dalam Perladangan

  • Lengkapkan permohonan anda dan klik submit untuk hantar pendaftaran anda.

Baca juga: RM100 Sebulan Selama 3 Bulan Program Prihatin Kasih, Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat seterusnya di pautan berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.