Semak Syarat Mohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) RM3,000. Ini Cara Mohon GPIS Secara Online & Manual

  • GPIS merupakan sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Pemohon akan diberikan sebanyak RM3,000 secara one-off sekiranya layak dan lulus permohonan.

Semak syarat kelayakan dan buat permohonan secara online atau secara manuall sekiranya berminat untuk memohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS).

Baca juga: Cara Mohon TUNS PLUS Pembiayaan Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Mikro Negeri Sembilan. Mohon Online Lebih Cepat

APA ITU GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN (GPIS)?

GPIS merupakan sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Menerusi GPIS, KBS akan memberikan bantuan geran secara one-off sebanyak RM3,000.00 kepada operator dan pengusaha fasiliti serta kemudahan sukan dan rekreasi yang layak TERTAKLUK kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

TUJUAN BANTUAN GPIS

Tujuan pemberian Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) kepada operator dan pengusaha fasiliti serta kemudahan sukan dan rekreasi yang layak ialah:

  • Membantu meringankan impak dan beban pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.
  • Menyuntik sinergi baharu terutamanya bagi menstabilkan semula perniagaan berikutan pasca COVID-19.
  • Memperkukuhkan kerjasama KBS bersama pemain dan penggiat industri sukan dan rekreasi melalui kerjasama strategik dan persefahaman pintar.

TARIKH MOHON

Permohonan boleh dibuat sebelum:

  • 31 Ogos 2021
Nota: Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 31 Oktober 2021 adalah dianggap tidak berjaya.

JUMLAH BANTUAN GPIS

Jumlah bantuan yang bakal diterima ialah sebanyak:

  • RM3,000/one off

SYARAT PERMOHONAN GPIS

Syarat permohonan GPIS adalah seperti berikut:

  • Perniagaan/ syarikat adalah milik PENUH warganegara Malaysia
  • Berstatus Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan jumlah hasil jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM20 juta dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
  • Menjalankan perkhidmatan/ operasi berorientasikan premis fasiliti/ kemudahan sukan dan rekreasi komersial.
  • Telah berdaftar di dalam sistem CIMS 3.0 (notification.miti.gov.my) menerusi kluster sukan (sektor fasiliti sukan) atau fasiliti/ kemudahan sukan dan rekreasi.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
  • Masih aktif menjalankan perniagaan (status pendaftaran perniagaan/ syarikat masih sah beroperasi).

CARA MOHON

Langkah permohonan oleh operator/ pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi komersial adalah seperti berikut:

ONLINE

Semak Syarat Mohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) RM3,000. Ini Cara Mohon GPIS Secara Online & Manual

  • Lengkapkan permohonan dan klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

MANUAL

Untuk permohonan secara manula, sila kilk:

  • http://www.kbs.gov.my/
  • Lengkapkan permohonan anda dan hantar borang berserta dokumen sokongan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS Negeri) atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Bahagian/ Kawasan yang berhampiran bermula sebelum atau pada 31 Ogos 2021.
  • Atau secara emel di Sekretariat Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS): [email protected] 

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Salinan sijil pendaftaran dan profil perniagaan/ syarikat yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) KECUALI bagi perniagaan di Sabah dan Sarawak.
  2. Salinan sijil pendaftaran/ lesen/ permit PBT.
  3. Salinan akaun bank perniagaan/ syarikat terkini.

Baca juga: 10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapakan maklumat seterunya mengenai Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) di:

  • Sekretariat Geran Prihatin Industri Sukan
    Bahagian Pembangunan Sukan
    Kementerian Belia dan Sukan
    Aras 13, Menara KBS
    No 27 Persiaran Perdana, Presint 4
    62570 Putrajaya
  • Tel : 03-8871 3585 / 03-8871 3246
  • Emel : [email protected]
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.