Para peniaga yang ingin berniaga sepanjang bulan puasa Tahun 2021 di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sudah boleh membuat permohonan Permit Bazar Ramadan Tahun 2021 secara online dengan segera.
Ini adalah kerana, permohonan untuk memohon Permit Bazar Ramadan Tahun 2021 telah dibuka seawal 1 Mac 2021 dan akan berakhir pada 13 Mac 2021 ini.
Jadi, mohon segera dan jangan lengahkan masa yang ada agar anda tidak terlepas peluang yang diberikan oleh pihak MBPJ.
TARIKH MOHON PERMIT BAZAR RAMADAN MBPJ
Isi Kandungan
Tarikh untuk memohon permit berniaga di Bazar Ramadan MBPJ ialah:
- Bermula pada 1 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021
LOKASI TAPAK BAZAR RAMADAN
Terdapat 18 lokasi tapak Bazar Ramadan yang disediakan dan 2 lokasi tapak Bazar Ramadan pandu lalu iaitu:
CARA MOHON PERMIT BAZAR RAMADAN 2021 MBPJ
Untuk memohon permit Bazar Ramadan 2021 MBPJ, langkah-langkah yang perlu anda ikuti ialah:
- Klik PENDAFTARAN BARU
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Tandakan √ pada kotak SAYA SETUJU DENGAN TERMA dan klik DAFTAR.
- Link pengesahan akaun sistem eLesen akan dihantar melalui emel.
- Klik link tersebut dan aktifkan akaun dengan klik AKTIFKAN AKAUN seperti gambar dibawah.
- Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarakn.
- Kemaskini profil anda.
- Klik PERMIT BAZAR RAMADAN.
- Isikan maklumat dan klik TERUSKAN.
- Permohonan anda dihantar dan jangan lupa untuk mencetak SLIP PENERIMAAN.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permit Bazar Ramadan Tahun 2021 MBPJ, sila hubungi Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di:
- 03-7954 1560 / 03-7960 4667
- www.mbpj.gov.my
- https://elesen.mbpj.gov.my/pandulalu
- https://elesen.mbpj.gov.my/online
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.