Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Lesen Penjaja Sementara Bazar Ramadan Tahun 2021. Semak Syarat Permohonan Disini

1,293

Bulan ramadan merupakan bulan yang dinanti-nanti oleh orang ramai termasuk mereka yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan.

Bagi mereka yang tinggal di daerah Skudai boleh membuat permohonan lesen penjaja sementara Bazar Ramadan bagi tahun 2021 bermula 14 Mac ini.

Semak syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara membuat permohonan melalui perkongsian ini.

Baca juga: Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor

TARIKH MOHON LESEN PENJAJA SEMENTARA BAZAR RAMADAN 2021

Anda boleh mula membuat permohonan bermula:

  • 14 Mac 2021 hingga 16 Mac 2021
  • 9.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Bertempat di Dewan Serbaguna Skudai, MBIP

SYARAT PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA BAZAR RAMADAN 2021

Kelayakan untuk pemohon membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon dan pembantu mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Beragama Islam
  • Memohon satu petak dan satu lokasi sahaja
  • Hadir sendiri ketika membuat permohonan
  • Jualan yang dibenarkan hanya makanan dan minuman sahaja

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen penjaja sementara bazar ramadan 2021 ialah:

  • Satu salinan Kad Pengenalan
  • Satu salinan Buku/Kad suntikan Typhoid yang masih sah tempoh sehingga 1 Jun 2021
  • Satu salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah tempoh
  • Satu salinan Penyata bank pemohon yang jelas maklumat seperti Nama, Nama Bank dan Nombor Akaun Bank

CARA MOHON LESEN PENJAJA SEMENTARA BAZAR RAMADAN 2021

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Bawa dokumen yang lengkap di lokasi yang telah ditetapkan
  • Serahkan dokumen dikaunter semakan dan pengesahan
  • Dokumen yang lengkap dan disahkan akan membuat cabutan nombor petak
  • Jika berjaya, anda perlu menjelaskan bayaran Lesen Sementara Bazar Ramadan sebanyak RM105.00
Nota: Sekiranya bayaran tidak dijelaskan, permohonan akan dibatalkan

BORANG PERMOHONAN

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan lesen penjaja sementara Bazar Ramadan di pautan berikut:

IKLAN PERMOHONAN

Untuk lebih jelas, rujuk iklan permohonan berikut:

Permohonan Lesen Penjaja Sementara Bazar Ramadan Tahun 2021. Semak Syarat Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Lesen Sementara Bazar Ramadan 2021, sila hubungi MBIP di:

  • Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, 81300 Johor Bahru, Johor.
  • Telefon : 07-555 5000
  • Faks : 07-556 8007
  • Emel : [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...