Kursus Tanaman Cili Fertigasi Asnaf MAIPk Percuma. Cepat Mohon Sebelum 12 Mac 2021

Golongan asnaf dari negeri Perak dipelawa untuk mengikuti Kursus Tanaman Cili Fertigasi  secara percuma dengan kerjasama Institut Agro Usahawan (iGROW) yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk).

Hanya asnaf yang berkelayakan sahaja boleh mengisi peluang yang ditawarkan untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Berminat? Dapatkan cara membuat permohonan serta syarat permohonan melalui perkongsian ini.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

INFO KURSUS TANAMAN CILI FERTIGASI

Projek cili fertigasi ini merupakan salah satu program yang yang dilaksanakan pada tahun 2019.

Seramai 20 orang peserta telah terpilih mengikuti program ini dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM350,000.00.

Bantuan Modal MAIPk ini diperuntukkan di bawah Asnaf Fakir Miskin dan diberikan kepada asnaf yang produktif serta boleh menjana pendapatan mereka melalui perniagaan dalam bidang pertanian.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Anda boleh membuat permohonan sebelum:

  • 12 Mac 2021

SYARAT AM KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat am kelayakan permohonan adalah:

  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Berumur antara 25 hingga 50 tahun
  • Minimum kelulusan pelajaran adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Tiada rekod jenayah
  • Sihat fizikal dan mental
  • Asnaf fakir, miskin dan muallaf
  • Bermaustatin di negeri Perak
  • Memiliki tanah sama ada pemilikan sendiri atau sewa
  • Diusahakan sepenuh masa

KEISTIMEWAAN KURSUS TANAMAN CILI FERTIGASI

Antara keistimewaan Kursus Tanaman Cili Fertigasi yang bakal dinikmati oleh peserta ialah:

  • Penginapan
  • Makan/minum
  • Peralatan program

Dan semuanya adalah PERCUMA!

CARA MOHON KURSUS TANAMAN CILI FERTIGASI

Untuk mohon, sila muat turun dan lengkapkan:

  • BORANG NO 7 : Skim Latihan dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Asnaf

DOWNLOAD BORANG

  • Hantar borang permohonan ke pejabat pentadbiran MAIPk di seluruh negeri Perak sebelum 12 Mac 2021.

Kursus Tanaman Cili Fertigasi Asnaf MAIPk Percuma. Cepat Mohon Sebelum 12 Mac 2021

Kursus Tanaman Cili Fertigasi Asnaf MAIPk Percuma. Cepat Mohon Sebelum 12 Mac 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Tanaan Cili Fertigasi MAIPk, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.