Permohonan Baharu BPN 2.0 Dalam Talian, Ikut Saranan LHDNM
Isi Kandungan
Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menyarankan agar orang ramai membuat permohonan baharu secara online?
Ini adalah kerana wabak Covid-19 telah berada pada gelombang yang seterusnya dengan peningkatan pesakit yang agak mendadak dan mengakibatkan sesetengah kawasan dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Cara Permohonan Baharu BPN 2.0
LHDNM juga ada memaklumkan bahawa permohonan baharu boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :
- Secara online
- Melalui mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC LHDNM.
Tarikh Bayaran BPN 2.0
Untuk pengetahuan semua bayaran untuk BPN 2.0 adalah secara ansuran dan tarikh bayaran bagi BPN 2.0 adalah berikut :
- Ansuran Pertama : Hujung Oktober 2020 (Bermula 26 Oktober)
- Ansuran Kedua : Januari 2021
Manakala bagi golongan B40 pula, bayarannya adalah seperti berikut :
- Ansuran Pertama : Hujung Oktober 2020 (RM700)
- Ansuran Kedua : Januari 2021 (RM300)
Kenyataan Media LHDNM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BPN 2.0 ini, sila hubungi :
- Hasil Care Line : 03 8911 1000 / 603 8911 1100 ( Luar Negara)
- Hasil Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.