CARA KEMUKA PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2020 SECARA ONLINE & MENGGUNAKAN BORANG
Isi Kandungan
Sekiranya anda merupakan salah seorang individu yang cukup syarat dan layak untuk memohon bantuan BSH pada kali ini. Anda boleh mula mengemukakan permohonan baharu bermula 1 Februari 2020 nanti.
Antara syarat membuat Permohonan Baharu dan Kemaskini BSH 2020 adalah seperti di bawah.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
Berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran permohonan BSH beserta cara membuat pendaftaran permohonan baru Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) bagi tahun 2020 secara atas talian dan manual.
TARIKH RASMI PENDAFTARAN PERMOHONAN BSH 2020 | |
🗓️Dibuka | 📅Ditutup |
👉1 Februari 2020 |
👉15 Mac 2020 |
Tempoh Pendaftaran BSH 2020 adalah RASMI seperti yang diumumkan di dalam Portal BSH. Anda boleh rujuk hebahan tersebut melalui pautan ini. |
CARA BUAT PERMOHONAN BARU BSH 2020
PERMOHONAN BSH 2020 ATAS TALIAN (ONLINE) |
Permohonan BSH 2020 boleh dilakukan secara online melalui portal BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). |
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Di bawah merupakan pautan khas permohonan BSH yang pemohon boleh gunakan untuk mengemukakan permohonan. |
👉Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Secara Online |
1️⃣Klik pautan di atas dan lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan ke dalam sistem. Rujuk maklumat seperti di bawah; |
|
|
|
|
|
|
|
|
2️⃣Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil kahwin/sijil cerai/sijil lahir anak. |
|
3️⃣Setelah selesai mengisi kesemua maklumat dengan lengkap, pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi ‘Kod Captcha’ seperti yang tertera di skrin komputer/laptop anda. |
4️⃣Seterusnya pemohon hendaklah membuat pengakuan tentang kesahihan maklumat yang diberikan. |
5️⃣Akhir sekali, sekiranya pemohon telah lengkap mengisi semua maklumat, sila tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses pendaftaran permohonan baru. Sekiranya masih ada maklumat yang belum lengkap, sila klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah siap dan mengisi semula /kemaskini pada masa akan datang. |
Panduan Lengkap Permohonan BSH 2020
Pemohon juga disarankan agar rujuk panduan lengkap permohonan BSH di bawah untuk memudahkan permohonan anda. Sila rujuk pautan-pautan di bawah: |
👉Panduan Pendaftaran dan Log Masuk MyBSH 2020 |
👉Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online (Pemohon Baru) BSH 2019 |
Pemohon disarankan untuk melakukan permohonan menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan pertindihan kandungan maklumat dan identiti pemohon
|
PERMOHONAN BSH 2020 SECARA MANUAL MENGGUNAKAN BORANG |
Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan BSH 2020 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH.
|
Setelah borang permohonan diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup |
Muat Turun Borang Permohonan BSH 2020
Anda juga boleh download Borang Permohonan BSH melalui pautan di bawah sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup. |
👉Borang Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat |
👉Nota Penerangan Borang Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat |
Waktu Operasi Kaunter BSH LHDNM |
👉Jadual Pembukaan Kaunter BSH Di Semua Cawangan LHDNM |
Salinan Dokumen Yang Perlu Dikemukakan |
1️⃣Pemohon |
|
|
|
|
2️⃣Pasangan |
|
|
3️⃣Anak |
|
|
|
4️⃣Anak Angkat |
|
|
Borang permohonan BSH 2019 masih boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa menghantar borang. Hal ini kerana permohonan akan diproses mengikut maklumat dalam borang yang dikemukakan pemohon serta akan diselaraskan dengan data agensi seperti JPN
|
Bagi yang ingin mengemukakan dokumen sokongan, ianya hendaklah dikemukakan bersama Borang Serahan Dokumen Sokongan BSH 2019 yang boleh didapati di bawah: |
👉Borang Serahan Dokumen Sokongan Bantuan BSH |
Setiap maklumat terperinci seperti borang BSH 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja dimuatnaik di portal rasmi BSH |
MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected] |
Hubungi Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan |
Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut |
👉Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
Boleh juga rujuk kepada FAQ Permohonan Baru yang akan disediakan di pautan di bawah |
👉FAQ Pendaftaran MyBSH 2020 |
👉FAQ Permohonan Baru BSH 2019 |
👉FAQ Maklumat Waris | Skim Khairat Kematian BSH 2019 |