Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Kemuka Permohonan Jawatan Anggota Imigresen Malaysia Bagi Lepasan SPM, STPM Serta Ijazah/Diploma Terbuka Lelaki Dan Wanita.

0 2,238

Saban tahun Jabatan Imigresen Malaysia melakukan pengisian kekosongan jawatan pelbagai gred untuk melancarkan operasi di jabatan tersebut. Jawatan yang ditawarkan pula terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik SPM, STPM, Diploma dan juga Ijazah.

Pengambilan anggota ini juga adalah dibuka buat lelaki dan wanita di seluruh negeri. Setiap warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan kosong ini.

Untuk makluman anda, permohonan jawatan Imigresen dibuka sepanjang tahun. Anda boleh memohon pada bila-bila masa sahaja dan tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun. Jika melebihi setahun, anda perlu mengemukakan permohonan semula.

Berikut merupakan panduan lengkap permohonan jawatan Imigresen. Pastikan anda rujuk syarat-syarat kelayakan memohon serta bidang tugas Imigresen untuk memudahkan anda mengemukakan permohonan.

imigresen

JAWATAN YANG DITAWARKAN OLEH IMIGRESEN MALAYSIA

Berikut merupakan senarai jawatan kosong yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk permohonan calon yang layak dan berminat menjadi seorang anggota Imigresen.

  • Pegawai Imigresen KP19
  • Penolong Penguasa Imigresen KP29
  • Penguasa Imigresen KP41

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Bagi anda yang berminat untuk memohon haruslah mengetahui serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon jawatan Imigresen ini . Berikut merupakan syarat-syarat tersebut.

1.) Pegawai Imigresen KP19

  • Berumur kurang daripada 18 tahun ketika tarikh permohonan ditutup.
    Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera dan berpangkat sekurang-kurangnya Prebet atau Konstable atau yang setaraf dengannya dan jawatan tersebut telah disahkan, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan mempunyai kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji: RM1,360.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,416.40)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,472.80)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

2.) Penolong Penguasa Imigresen KP29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,493.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan telah disahkan jawatan tersebut serta rekod perkhidmatan baik. (RM1,493.00)
  • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,770.95)
  • Memiliki Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,846.15)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berkhidmat sebagai Pegawai imigresen KP19 boleh memohon untuk lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP29 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

3.) Penguasa Imigresen KP41

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh permohonan tamat.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,081.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat skurang-kurangnya Inspektor atau Leftanen Muda atau setaraf dengannya dan telah disahkan jawatan serta rekod perkhidmatan baik. (Gaji: RM2,081.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,285.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,387.21)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang perikanan, pertanian dan holtikultur yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,390.37)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
    Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Permohonan Secara Lantikan

Pegawai yang berkhidmat sebagai Penolong Penguasa Imigresen KP29 boleh memohon untuk lantikan ke jawatan Penguasa Imigresen KP41 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

BIDANG TUGAS BAGI SETIAP JAWATAN IMIGRESEN

Sebelum memohon, pastikan juga anda ambil tahu bidang tugas bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen. Antara bidang tugas tersebut adalah seperti berikut

1.) Pegawai Imigresen KP19

  • Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport, visa, pas dan permit kepada warga asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, belajar dan sebagainya, membuat tugas penguatkuasaan dan tugas imigresen yang lain.

2.) Penolong Penguasa Imigresen KP29

  • Bertanggungjawab dalam operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

3.) Penguasa Imigresen KP41

  • Bertanggungjawab dalam operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat untuk memohon jawatan ini, anda bolehlah mengisi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Klik link berikut untuk mengisi permohonan.

Link Permohonan: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk panduan lengkap memohon, sila rujuk pautan berikut : Cara Memohon Di Laman SPA

permohonan anggota JPJ 1

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN IMIGRESEN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan ini, anda bolehlah layari laman web rasmi SPA dan juga laman web rasmi Imigresen Malaysia. Klik link yang disediakan di bawah:

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/home

permohonan jawatan anggota kastam 2

Laman web rasmi Imigresen Malaysia: http://www.imi.gov.my/index.php/ms/

imigresen malaysia

Anda yang berminat dinasihatkan untuk segera memohon. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kami mendoakan semoga permohonan anda berhasil.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...