Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,467

Statistik menunjukkan permohonan jawatan bagi sektor kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meningkat setiap tahun. Hal ini bukan sahaja disebabkan faktor gaji yang tinggi tetapi juga faktor kepentingan lain yang bakal diperoleh daripada kerjaya sebagai penjawat awam.

Buat pencari kerja sektor kerajaan, anda boleh memohon jawatan-jawatan yang anda minati berdasarkan kelulusan anda melalui laman web rasmi SPA. Pelbagai jawatan ditawarkan oleh kementerian dan jabatan kerajaan di laman ini. Salah satu jawatan yang boleh anda mohon melalui laman SPA ialah Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa kerana permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Permohonan juga sah selama satu tahun dan jika melebihi tempoh satu tahun, anda perlu mengisi permohonan semula.

Ambilan bagi jawatan ini turut dijalankan sepanjang tahun. Jika ada kekosongan dalam jawatan ini di mana-mana kementerian serta jabatan kerajaan, barulah ambilan akan dijalankan bagi jawatan ini.

Untuk makluman, pengambilan akan dibuka apabila terdapat kekosongan dalam jawatan ini kelak. Pemohon perlulah memiliki sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf sebagai syarat kelayakan akademik.

Dapatkan panduan lengkap mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19 dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Setiausaha N19. Anda harus mengambil tahu bidang tugas Pembantu Setiausaha Pejabat sekiranya anda ingin memohon.

  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat.
  • Memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
  • Memastikan semua keperluan rasmi pejabat dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Sekiranya jawatan yang anda mohon itu terdapat peperiksaan, permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang terdapat peperiksaan. Peperiksaan ini dijalankan secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Bagi calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil pula untuk menghadiri temuduga. Calon perlulah bersedia dan menonjolkan kebolehan komunikasi anda semasa sesi temuduga ini dijalankan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Untuk mengemukakan permohonan, sila isi permohonan di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan di bawah.

Bagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

Berminat dengan jawatan ini? Jangan tunggu lagi! Segeralah kemukakan permohonan bagi jawatan ini. Semoga berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...