Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Kemuka Permohonan Jawatan Anggota Jabatan Penjara Malaysia Buat Lepasan SPM, STPM Serta Diploma/Ijazah Terbuka Lelaki Dan Wanita

0 2,304

Permohonan jawatan dalam sektor kerajaan kian meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan menawarkan jawatan kosong untuk diisi oleh warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan jawatan-jawatan dalam sektor kerajaan ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Untuk pengetahuan anda, permohonan dibuka sepanjang tahun. Anda boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa. Tempoh sah laku permohonan anda adalah selama setahun. Permohonan perlu dikemukakan semula sekiranya telah melebihi tempoh setahun.

Untuk makluman anda juga, jawatan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira lelaki mahupun wanita yang mempunyai kelayakan akademik SPM, STPM, Diploma serta Ijazah.

Dapatkan panduan permohonan jawatan anggota Penjara melalui artikel ini. Pastikan juga anda rujuk syarat-syarat kelayakan memohon serta bidang tugas anggota Penjara bagi memudahkan anda memohon jawatan ini.

permohonan anggota jabatan penjara

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN PENJARA MALAYSIA

Di bawah merupakan jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk dipohon oleh warganegara Malaysia yang berminat serta layak memohon.

  • Pegawai Penjara KA19
  • Penolong Penguasa Penjara KA29
  • Penguasa Penjara KA41

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA JABATAN PENJARA MALAYSIA

Buat anda yang berminat untuk memohon jawatan anggota Penjara, pastikan teliti syarat-syarat kelayakan memohon dan pastikan juga anda memenuhi syarat-syarat tersebut. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan tersebut.

1.) Pegawai Penjara KA19

  • Berumur kurang daripada 18 tahun ketika tarikh permohonan ditutup.
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,360.00)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,418.12)
  • Memiliki SPM atau kelayakan setaraf yang lain yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji: RM1,476.24)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf

2.) Penolong Penguasa Penjara KA29

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki STPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,505.00)
  • Memiliki STAM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM1,505.00)
  • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf kerajaan dari IPT tempatan atau kelayakan setaraf dan diiktiraf. (Gaji: RM1,782.91)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata kiri dan kanan yang diuji berbeza dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-laian setaraf yang diiktiraf.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai yang berkhidmat sebagai Pegawai Penjara boleh memohon untuk lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara KA29 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun.

3.) Penguasa Penjara KA41

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh permohonan tamat.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,094.00)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf dari IPT tempatan atau kelayakan lain setaraf yang diiktiraf. (Gaji: RM2,300.73)
  • Mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57cm bagi lelaki dan 1.53cm bagi perempuan.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi perempuan.
  • Memiliki BMI antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa tarik nafas. (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian pemeriksaan mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Lulus ujian pengecaman warna dan bunyi.
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau lain-lain setaraf yang diiktiraf.

Syarat Permohonan Secara Lantikan

Pegawai yang berkhidmat sebagai Penolong Penguasa Penjara boleh memohon untuk lantikan ke jawatan Penguasa Penjara KA41 oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan jawatan dengan syarat:

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 58 tahun
  • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan jika tarikh persaraan paksa adalah 60 tahun

BIDANG TUGAS SETIAP JAWATAN DALAM JABATAN PENJARA MALAYSIA

Anda perlulah mengetahui bidang tugas bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan senarai bidang tugas tersebut.

1.) Pegawai Penjara KA19

  • Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas kawalan keselamatan
  • Melaksana prosedur penahanan.
  • Melaksana program pemulihan

2.) Penolong Penguasa Penjara KA29

  • Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit.
  • Menyelaras keselamatan sesebuah institusi
  • Menyelaras program-program pemulihan.

3.) Penguasa Kastam KA41

  • Melaksana dasar dan peranan jabatan bagi mencapai matlamat organisasi.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Untuk mengemukakan permohonan, anda boleh layari laman web rasmi SPA di bahagian permohonan (SPA8i). Klik link di bawah untuk mengisi permohonan.

Link Untuk Permohonan: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk panduan lengkap memohon, sila rujuk pautan berikut : Cara Memohon Di Laman SPA

permohonan anggota jabatan penjara

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN ANGGOTA JABATAN PENJARA MALAYSIA

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan sebagai anggota Jabatan Penjara Malaysia ini, anda boleh terus layari laman web rasmi SPA dan laman web rasmi Jabatan Penjara Malaysia. Klik link yang disediakan di bawah.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/

permohonan jawatan anggota jabatan penjara malaysia

Laman web rasmi Jabatan Penjara Malaysia: http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau

jabatan penjara malaysia

Untuk anda yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kemukakanlah segera permohonan. Jangan lepaskan peluang ini. Kami doakan kejayaan bagi permohonan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...