Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran, ada berita baik untuk anda. Pihak Politeknik Malaysia telah membuka kemasukan untuk tahun 2018.
Jika anda berminat untuk menyambung pengajian di politeknik, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Kemasukan politeknik bagi tahun ini adalah pada bulan Jun.
Untuk pengetahuan anda, politeknik merupakan salah satu daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan kursus yang melibatkan kemahiran. Dinasihatkan juga supaya anda memiliki minat yang mendalam terhadap bidang kemahiran kerana di Politeknik latihan yang diberikan adalah 100% kemahiran.
Anda yang berminat boleh membuat permohonan secara online. Permohonan ini boleh dibuat melalui sistem permohonan UPU. Ini bermaksud, apabila anda membuat permohonan UPU, letakkan kategori “Politeknik” pada pilihan pengajian anda,
TARIKH BUKA DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Tarikh buka serta tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut. Anda boleh mengemukakan perrmohonan dalam tempoh ini.
- Tarikh Permohonan Politeknik: 5 Februari 2018 – 10 April 2018
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN POLITEKNIK
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Lulus sekurang-kurangnya 5 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
KURSUS YANG DITAWARKAN
Pihak politeknik membuka beberapa bidang kursus untuk anda pilih. Pastikan anda memilih kursus yang anda minat serta bersesuaian dengan anda. Kesemua kursus yang ditawarkan ini berkaitan dengan kemahiran. Berikut merupakan bidang-bidang kursus yang telah ditawarkan.
- Agroteknologi dan Bio-Industri
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Perkapalan
- Kejuruteraan Petrokimia
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Penyelenggaraan Pesawat
- Perdagangan
- Reka Bentuk dan Komunikasi Visual
- Teknologi Makanan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2018
Jika anda berminat untuk menyambung pengajian di Politeknik, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan cara memohon UPU kerana permohonan Politeknik terletak di bawah UPU.
Berikut merupakan cara-cara permohonan Politeknik. Anda boleh mengikut cara-cara ini.
1.) Sebelum membuat permohonan anda haruslah mendapatkan nombor PIN Unik ID UPU terlebih dahulu dengan cara membelinya di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor PIN ini berperanan sebagai kunci untuk mendaftar permohonan. Setiap calon yang ingin membuat permohonan harus membeli Nombor PIN ini.
2.) Anda boleh membuat permohonan secara online di Laman web rasmi UPU. Anda boleh klik link berikut ~ https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline/
3.) Isi borang permohonan Universiti Awam/IPTA dengan tepat dan betul. Pilih Politeknik sebagai pilihan pengajian.
4.) Setelah selesai mengisi, anda perlu print Slip Maklumat Permohonan Kemasukan. Ini sebagai bukti anda telah memohon.
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK TAHUN 2018
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang permohonan kemasukan ke Politeknik ataupun apa-apa persoalan berkaitan Politeknik, anda bolehlah menghubungi pihak Politeknik Malaysia melalui medium-medium berikut.
1.) Anda boleh layari laman web rasmi Politeknik. Klik pada link berikut untuk ke laman web rasmi Politeknik di http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp
2.) Nombor Telefon: 03- 88919240
3.) Faks: 03-88919329
4.) Alamat: Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Kepada anda yang mempunyai minat yang lebih cenderung kepada kemahiran dan berminat untuk menyambung pengajian ke politeknik, anda perlulah segera mengemukakan permohonan dengan segera. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda!