Permohonan Lanjut Tangguh Bayaran PTPTN PKP 3.0 Dibuka Mulai 10 Jun 2021, Penangguhan Selama 3 Bulan Sehingga 31 Ogos 2021

Pelaksanaan PKP 3.0 sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peminjam PTPTN.

Oleh hal yang demikian, PTPTN telah mengumumkan untuk memberikan lanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang terkesan serta terjejas pendapatan mereka sehingga 31 Ogos 2021.

Dapatkan cara membuat permohonan lanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN berikutan PKP 3.0 seperti yang akan dikongsikan disini.

Baca juga: Bayar PTPTN Dengan E-Wallet. Jom, Senang Je

KRONOLOGI TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

Sebelum ini PTPTN telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN berikutan keadaan semasa pandemik Covid-19 yang berlaku di dalam negara selama 3 bulan dan seterusnya seperti berikut:

  • Penangguhan Pertama: 19 Mac 2020 – 31 Disember 2020
  • Penangguhan Kedua: Januari 2021 – Mei 2021
  • Penangguhan Ketiga: 10 Jun 2021 – 31 Ogos 2021

TUJUAN LANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN PKP 3.0

Tujuan lanjutan penangguhan bayaran balik PTPTN ini adalah kerana:

  • Kerajaan prihatin dan menyedari peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
  • Membantu meringankan beban yang ditanggung peminjam

KELAYAKAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN PKP 3.0

Peminjam yang layak memohon lanjut penangguhan bayaran balik PTPTN ialah:

  • Mereka yang kehilangan pendapatan seperti diberhentikan kerja.
  • Mereka yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurangan.

CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN PKP 3.0

Terdapat 3 cara mudah untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN PKP 3.0 ini iaitu:

  • Klik http://www.ptptn.gov.my/
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan hantar.
  • Semak emel kelulusan yang akan dihantar kepada anda dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

Permohonan Lanjut Tangguh Bayaran PTPTN PKP 3.0 Dibuka Mulai 5 Jun 2021, Penangguhan Selama 3 Bulan Sehingga 31 Ogos 2021

Atau anda juga boleh rujuk pautan berikut untuk membuat permohonan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN PKP 3.0:

Nota: Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan

KENYATAAN MEDIA

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk rujukan anda:

Permohonan Lanjut Tangguh Bayaran PTPTN PKP 3.0 Dibuka Mulai 5 Jun 2021, Penangguhan Selama 3 Bulan Sehingga 31 Ogos 2021

Baca juga: 5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarnag maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai lanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN  sila hubungi:

  • Careline PTPTN: 03-2193 3000/Isnin-Jumaat/9 pagi-5 petang
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.