Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil

0 3,080

Saban tahun, jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 sering mendapat tempat di hati warga Malaysia apabila permohonan bagi jawatan ini kian meningkat dari semasa ke semasa. Permohonan bagi jawatan ini diletakkan di bawah SPA dan memerlukan sijil SPM/SVM/SPMV atau Sijil setaraf sebagai syarat kelayakan akademik.

Ambilan bagi jawatan ini juga akan dibuka sepanjang tahun di mana pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk mengisi kekosongan jawatan pada bila-bila masa. Ambilan rasmi bagi tahun ini masih belum dibuka. Jika dibuka, pihak kami akan terus memaklumkan menerusi artikel di laman ini. Jadi, pastikan anda sentiasa membaca setiap posting kami.

Pastikan juga anda membaca panduan lengkap tentang cara permohonan, syarat-syarat kelayakan dan juga bidang tugas Laskar Kelas II Maritim T1 yang telah disediakan di dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN LASKAR KELAS II MARITIM T1

Dalam mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan Laskar Kelas II Maritim T1, beberapa syarat kelayakan perlu dipenuhi. Antara syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS LASKAR KELAS II MARITIM T1

Laskar Kelas II Maritim Gred T1 mempunyai peranan penting dalam memastikan keselamatan maritim negara. Berikut merupakan senarai bidang tugas seorang Laskar Kelas II Maritim T1.

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat
  • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan
  • Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar
  • Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat
  • Mengawal dan mencegah pencemaran maritim
  • Pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam untuk beberapa jawatan yang terdapat peperiksaan sekiranya permohonan anda layak. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online dan merangkumi soalan-soalan berteraskan pengetahuan am, pengetahuan tentang kerjaya yang dipilih, ujian psikometrik dan lain-lain.

Temuduga pula merupakan tapisan terakhir sebelum anda mendapat keputusan sama ada berjaya atau tidak untuk menjawat jawatan ini. Anda akan dipanggil temuduga sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan jika anda memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Klik link di bawah untuk mengisi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN LASKAR KELAS II MARITIM T1

Maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan Laskar Kelas II Maritim T1 boleh didapati dengan cara melayari laman web rasmi SPA. Anda boleh klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi SPA.

  • Laman web rasmi SPA: -link spa-
    permohonan

Jika anda berminat, apa tunggu lagi? Mohonlah segera! Semoga permohonan anda berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...