Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Merinyu Tali Air Gred J19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil

0 1,280

Jawatan Merinyu Tali Air Gred J19 merupakan satu jawatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Pertanian. Terdapat peluang pekerjaan dalam jawatan ini yang dibuka sepanjang tahun. Sambutan daripada warganegara Malaysia dalam memohon jawatan ini juga tidak kurang hebatnya.

Merinyu Tali Air J19 berperanan dalam mengendalikan semua skim-skim tali air di bawah kawalannya. Jadi, bagi anda yang berminat, mohonlah segera secara online di laman web rasmi SPA. Namun, ambilan rasmi bagi tahun ini masih belum diumumkan. Ambilan ini akan dijalankan sepanjang tahun berdasarkan kepada kekosongan jawatan ini.

Adalah penting untuk anda mengetahui syarat-syarat yang perlu anda penuhi untuk memohon jawatan ini serta bidang tugas seorang Merinyu Tali Air J19. Di dalam artikel ini, anda akan memperoleh pengetahuan tentang bukan sahaja cara-cara mengemukakan permohonan tetapi juga syarat-syarat permohonan jawatan ini dan bidang tugas Merinyu Tali Air J19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN MERINYU TALI AIR J19

Teliti syarat-syarat kelayakan dan pastikan anda telah memenuhi semua syarat tersebut terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Berikut merupakan syarat-syarat yang telah ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred J19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J19: RM1,493.24).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS MERINYU TALI AIR GRED J19

Selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, anda juga perlu mengetahui bidang tugas seorang Merinyu Tali Air J19 sebelum anda memohon jawatan ini. Antara bidang tugas seorang Merinyu Tali Air J19 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab kepada Pembantu Teknik bagi pemeliharaan dan pengendalian semua skim-skim tali air di bawah kawalannya.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Peperiksaan perkhidmatan awan akan dijalankan secara online. Peperiksaan ini hanya akan diambil oleh calon yang permohonannya berjaya sahaja dan bagi sesetengah jawatan sahaja. Struktur bagi peperiksaan ini adalah merangkumi pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan, ujian psikometrik dan juga ujian penyelesaian masalah.

Sebaik anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Temuduga ini adalah tapisan terakhir dan untuk berjaya dalam temuduga ini, anda haruslah memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN MERINYU TALI AIR J19

Anda perlu mengisi permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang telah disediakan di bawah untuk anda isi permohonan bagi jawatan ini.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN MERINYU TALI AIR J19

Sila layari laman web rasmi SPA untuk anda mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh klik link di bawah untuk terus ke laman web rasmi SPA.

  • Laman web rasmi SPA: -link spa-
    laman web rasmi spa

Oleh kerana permohonan dibuka sepanjang tahun, anda bolehlah memohon pada bila-bila masa tetapi dinasihatkan untuk anda mohon awal kerana jika ada kekosongan, permohonan anda akan dipertimbangkan. Semoga permohonan anda berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...