Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Keselamatan KP19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 2,416

Buat lepasan SPM yang sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan, Jabatan Pendana Menteri membuka satu peluang pekerjaan buat anda dalam jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19.

Jika anda berminat dengan jawatan ini, anda boleh kemukakan permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan permohonan ini hanya boleh dilakukan secara online.

Permohonan dibuka sepanjang tahun bermakna tiada tarikh tutup untuk anda mohon. Anda boleh memohon jawatan ini bila-bila masa yang anda suka tetapi anda dinasihatkan untuk memohon awal kerana jika ada ambilan, anda akan berpeluang untuk dipanggil berkhidmat. Hal ini kerana ambilan bagi jawatan ini turut dibuka sepanjang tahun. Hanya ada ambilan sekiranya terdapat kekosongan jawatan bagi jawatan ini.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda membaca artikel ini untuk mengetahui cara-cara untuk anda mengemukakan permohonan bagi jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pembantu Keselamatan KP19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU KESELAMATAN KP19

Sila teliti syarat-syarat kelayakan memohon yang telah ditetapkan dan pastikan anda telah memenuhi setiap daripada syarat-syarat kelayakan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut adalah syarat-syaratnya

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawal Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c);atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan
    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PEMBANTU KESELAMATAN KP19

Anda juga perlu mengetahui tugas-tugas seorang Pembantu Keselamatan KP19. Antara bidang tugas Pembantu Keselamatan KP19 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab menyelia dan menyelaras Pengawal Keselamatan Gred KP11 dan KP14, menentukan perjalanan kawalan di semua pintu masuk utama dan pintu masuk semua bangunan dipatuhi dan mengarahkan pengawal-pengawal keselamatan mengawasi pelawat-pelawat yang memasuki kompleks.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Pemohon yang permohonannya berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam sekiranya jawatan tersebut terdapat peperiksaan. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online di laman web rasmi SPA. Anda akan diuji dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipilih, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Seterusnya, jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil pula untuk temuduga. Anda perlu berkeyakinan untuk berkomunikasi semasa temuduga tersebut untuk memastikan anda berjaya dalam temuduga ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESELAMATAN KP19

Sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bahagian permohonan (SPA8i) untuk memohon jawatan ini. Sila klik link berikut yang telah disediakan.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KESELAMATAN KP19

Perlu maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini? Layari laman web rasmi SPA dengan cara klik link yang telah disediakan di bawah.

Kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat anda yang memohon! Untuk makluman anda, ambilan bagi jawatan ini belum dibuka untuk tahun ini dan akan dibuka kelak jika terdapat kekosongan jawatan ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...