Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Pemohonan Jawatan Pembantu Pegawai Latihan E19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,120

Laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan suatu laman yang menawarkan ratusan jawatan dalam sektor kerajaan untuk dimohon oleh setiap warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kesemua jawatan dalam laman web rasmi SPA boleh anda mohon secara online dan permohonan juga dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang anda buat sah sehingga tempoh setahun. Jika melebihi setahun, anda perlu mengemukakan permohonan semula.

Ambilan bagi jawatan-jawatan dalam laman web rasmi SPA ini juga dijalankan sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan jika ada kekosongan jawatan dalam mana-mana kementerian ataupun jabatan kerajaan.

Salah satu jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan adalah Pembantu Pegawai Latihan Gred E19. Untuk jawatan ini, anda perlu memiliki sijil SPM bagi tujuan memohon sebagai syarat akademik. Pembantu Pegawai Latihan E19 menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar secara teori dan amali dalam ilmu-ilmu kemahiran seperti masakan, jahitan, seni ukir perabot dan sebagainya.

Jadi, buat anda yang berminat dengan jawatan ini bolehlah mengemukakan permohonan. Baca artikel ini untuk mendapatkan panduan lengkap cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pegawai Latihan E19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Pegawai Latihan E19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN E19

Buat anda yang berminat dengan jawatan ini, sebelum anda mengemukakan permohonan pastikan anda tahu syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Sila pastikan anda telah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan memohon ini sebelum anda memohon. Antara syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN E19

Anda perlu tahu tugas-tugas Pembantu Pegawai Latihan E19 jika anda ingin mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Pegawai Latihan E19.

  • Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali dalam salah satu bidang seperti penyediaan makanan / teknologi makanan / pramusaji, kapten dan penyelia makanan / tukang jahit dan pemotong pakaian / jahitan/seni ukir perabot.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setelah permohonan anda berjaya, anda perlu melalui tapisan kedua iaitu peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan tersebut terdapat peperiksaan. Tidak semua jawatan yang ditawarkan SPA terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini dijalankan secara online. Dalam peperiksaan ini, anda akan diuji tentang pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan ini, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Selepas itu, anda akan melalui tapisan ketiga pula sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Tapisan ketiga adalah temuduga. Anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Serlahkan kebolehan komunikasi anda untuk lulus dalam temuduga ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN E19

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Isi permohonan anda dalam laman ini. Klik link SPA8i yang disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONA JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN E19

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Pegawai Latihan E19. Klik link yang disediakan di bawah.

Untuk makluman anda, ambilan bagi jawatan ini belum dibuka secara rasmi bagi tahun ini dan hanya akan dibuka jika terdapat kekosongan dalam jawatan ini. Buat anda yang memohon, selamat berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...