Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,051

Berita baik buat semua lepasan SPM yang sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan yang boleh anda pohon. Salah satu daripada jawatan yang ditawarkan ini adalah Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Anda yang berminat dengan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 bolehlah mengemukakan permohonan. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Anda boleh mengisi permohonan pada bila-bila masa kerana tiada tarikh tutup. Permohonan yang anda isi juga sah sehingga tempoh satu tahun. Jika sudah lebih daripada setahun, anda perlu isi semula permohonan yang baru.

Permohonan ini boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA. Ambilan bagi jawatan ini turut dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan bila-bila masa sahaja sekiranya ada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Dimaklumkan bahawa ambilan bagi tahun ini masih belum dibuka. Kami akan membuat hebahan jika ambilan ini dibuka secara rasmi nanti.

Anda ingin memohon jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19? Atau ingin mengetahui tentang permohonan jawatan ini? Bacalah artikel ini untuk mengetahui cara-cara untuk mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, syarat-syarat kelayakan memohon dan bidang tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Anda perlu tahu tentang syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 dahulu sebelum anda memohon. Anda juga perlu memenuhi semua syarat-syarat ini. Berikut adalah syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Anda wajib tahu tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat sebelum anda memohon untuk membuktikan kesediaan anda menerima tanggungjawab dalam jawatan ini. Antara bidang tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 adalah seperti berikut:

  • Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam jika jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan dan sekiranya permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini akan dijalankan secara online dan merangkumi soalan-soalan berteraskan pengetahuan am, pengetahuan tentang kerjaya yang dipilih, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Temuduga pula adalah tapisan ketiga dan anda akan dipanggil untuk ditemuduga sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online. Temuduga bertujuan untuk menguji kesediaan anda untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan serta kemahiran berkomunikasi anda.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Sila layari laman rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk anda mengisi permohonan anda secara online. Klik link SPA8i yang disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SPA dengan cara klik link yang disediakan di bawah.

Untuk anda yang mengemukakan permohonan, kami ucapkan selamat berjaya kepada anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...