Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Penyediaan Makanan N19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,554

Bagi anda lepasan SPM yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menyemak senarai kerjaya dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon setaraf dengan kelayakan anda. Pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan di dalam laman web ini.

Antara jawatan yang terdapat dalam laman web SPA yang boleh anda mohon adalah Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19. Pembantu Penyediaan Makanan N19 berperanan dalam proses penyediaan serta pengasingan makanan.

Untuk anda yang meminati jawatan ini bolehlah mengemukakan permohonan secara rasmi. Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Tiada tarikh tutup permohonan bermaksud anda boleh memohon pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah laku permohonan yang anda buat adalah selama setahun. Selepas setahun, anda perlu mengemukakan permohonan yang baru.

Anda perlu ada sijil SPM atau sijil lain yang setaraf sebagai syarat kelayakan akademik untuk memohon jawatan ini. Baca artikel ini untuk mendapatkan panduan lengkap tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Penyediaan Makanan N19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Penyediaan Makanan N19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

Pastikan anda teliti syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan telebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Anda juga perlu memenuhi setiap syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut).
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

Anda perlu tahu tugas-tugas yang dijalankan oleh Pembantu Penyediaan Makanan N19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pembantu Penyediaan Makanan N19 adalah seperti berikut.

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
  • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
  • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
  • Penerimaan/Penyimpanan Makanan Basah/Mentah dan Kering dari Pembekal
  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
  • Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,chiller atau freezer setelah diterima oleh pegawai.
  • Merekod suhu stor, chiller dan freezer
  • Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/basah atau kering dari stor, freezer/chiller

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda perlu menduduki peperiksaan sekiranya permohonan anda berjaya (sekiranya jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu dijawab secara online. Calon akan diuji dengan tiga bahagian dalam peperiksaan ini iaitu bahagian pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Seterusnya, calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil temuduga. Temuduga ini adalah untuk menguji kebolehan berkomunikasi anda serta menguji persediaan anda bagi menjawat jawatan dalam sektor kerajaan. Persediaan rapi amatlah diperlukan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan anda perlu isi permohonan anda dalam laman ini. Sila klik link yang telah disediakan untuk anda isi permohonan anda.

Untuk maklumat lanjut pendaftaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini, sila layari laman web rasmi SPA dengan cara klik link yang telah kami sediakan di bawah.

Kemukakanlah permohonan dengan segera jika anda memenuhi semua syarat-syarat permohonan dan jika anda berminat dengan jawatan ini. Untuk makluman anda juga, ambilan bagi tahun ini masih belum dibuka secara rasmi. Jika dibuka nanti, kami akan membuat hebahan di laman ini. Jadi, pastikan anda menjadi pembaca setia kami.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...