Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,378

Salah satu jawatan dalam sektor kerajaan yang dibuka untuk permohonan adalah jawatan Pembantu Penyelidik Sosial N19. Pembantu Penyelidik Sosial memainkan peranan penting dalam menjalankan kerja-kerja soal selidik, pengumpulan data dan sebagainya.

Jadi, buat anda yang berminat dengan jawatan ini bolehlah mengemukakan permohonan dengan segera. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Anda perlu ada sijil SPM atau sijil lain yang setaraf sebagai syarat kelayakan akademik.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Namun, tempoh sah permohonan adalah selama setahun. Jika tamat tempoh, permohonan perlu dilakukan semula.

Ambilan bagi jawatan ini juga turut dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Ambilan belum dibuka secara rasmi pada tahun ini.

Dapatkan maklumat tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Penyelidik Sosial N19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Penyelidik Sosial N19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19

Terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon jawatan ini. Pemohon perlulah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakannya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19

Setiap pemohon juga perlu mempunyai pengetahuan tentang jawatan Pembantu Penyelidik Sosial N19 terutama sekali perlu mengetahui tugas-tugas Pembantu Penyelidik Sosial N19. Antara bidang tugas Penyelidik Sosial N19 adalah seperti berikut.

  • Bertanggungjawab membantu Penolong Pegawai Penyelidik Sosial dalam menjalankan kerja-kerja soal-selidik, merekod dan mengumpul data-data, menyelidik, menyemak data-data yang telah dikutip dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Calon yang permohonannya berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil menghadiri temuduga. Persediaan yang secukupnya perlu dilakukan dalam aspek komunikasi dan juga pengetahuan tentang jawatan yang dipohon.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan di situ. Sila klik link di bawah untuk mengisi permohonan di laman SPA8i.

Untuk mendapatkan panduan tentang pemdaftaran akaun dan permohonan melalui laman SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19

Inginkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini? Sila layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah.

Anda yang berminat bolehlah segera isi permohonan di SPA8i. Semoga permohonan anda membuahkan hasil!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...