Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Perangkaan Gred E19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 803

Saban tahun, permohonan jawatan dalam sektor kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kian meningkat. Buktinya, tahun lepas, SPA menerima sebanyak 1.5 juta permohonan walaupun hanya terdapat 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan. SPA juga amat teliti dalam memilih hanya calon yang berkualiti dalam menjawat jawatan dalam kerajaan.

Pelbagai jawatan yang ditawarkan daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan di SPA. Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dilakukan secara online. Permohonan bagi jawatan-jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun bermakna tiada tarikh tutup bagi permohonan.

Sijil SPM atau sijil-sijil lain yang setaraf diperlukan sebagai syarat kelayakan akademik bagi memohon jawatan ini. Ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan jika terdapat kekosongan bagi jawatan ini di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan.

Anda berminat untuk memohon jawatan ini? Atau anda perlukan maklumat tentang permohonan jawatan ini? Baca artikel ini kerana dalam artikel ini anda akan diberikan panduan lengkap tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Perangkaan E19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Perangkaan E19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PERANGKAAN E19

Beberapa syarat-syarat telah digariskan untuk dipenuhi oleh setiap pemohon. Oleh itu, setiap pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan ini terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PERANGKAAN E19

Sebelum mengemukakan permohonan, pastikan anda tahu tugas-tugas yang dijalankan oleh Pembantu Perangkaan E19. Antara bidang tugas Pembantu Perangkaan adalah seperti berikut.

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Permohonan yang berjaya perlu menduduki peperiksaan (sekiranya jawatan yang dipohon ada peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online. Dalam peperiksaan ini, calon akan diuji dan dinilai dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan dipanggil untuk temuduga. Dalam temuduga ini, penilaian akan dilakukan terhadap kebolehan berkomunikasi, keyakinan diri serta pengetahuan tentang jawatan yang dipohon.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERANGKAAN E19

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan di laman web ini. link ke SPA8i disediakan di bawah. Klik link tersebut.

Untuk mendapatkan panduan tentang pendaftaran akaun dan permohonan melalui laman SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERANGKAAN E19

Sila layari laman web rasmi SPA bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan ini. Klik link di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Untuk makluman, ambilan bagi tahun ini belum dibuka secara rasmi. Ambilan akan dibuka apabila ada kekosongan dalam jawatan ini di mana-mana kementerian serta jabatan kerajaan. Selamat berjaya bagi anda yang memohon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...