Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Penguat Kuasa KP19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,909

Anda semestinya menyangka untuk mencari kerja dalam sektor kerajaan sangatlah sukar. Namun, sebenarnya untuk mencari kerja dalam sektor kerajaan tidaklah sesukar yang anda sangka.

Tahukah anda bahawa di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) anda boleh mendapatkan ratusan pilihan kerja dan anda hanya perlu memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan anda. Pelbagai jawatan ditawarkan daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

Salah satu daripada jawatan-jawatan yang ditawarkan dalam laman web rasmi SPA ini adalah Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19. Pembantu Penguat Kuasa KP19 ditugaskan di pelbagai kementerian serta jabatan dan berperanan dalam menjalankan operasi penguatkuasaan. Anda perlu memiliki sijil SPM atau sijil lain yang setaraf sebagai syarat kelayakan akademik memohon jawatan ini.

Anda bebas untuk mengemukakan permohonan pada bila-bila masa kerana permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Namun, tempoh sah laku permohonan anda hanya satu tahun. Anda perlu memohon semula apabila tempoh sah laku permohonan anda telah tamat.

Ambilan bagi jawatan ini juga turut dijalankan sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Untuk makluman anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka. Jika dibuka kelak, kami akan membuat hebahan di laman ini.

Anda perlukan panduan untuk memohon? Baca artikel ini kerana dalam artikel ini anda akan mengetahui cara-cara untuk mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Penguat Kuasa KP19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Penguat Kuasa KP19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

Sebelum anda mengemukakan permohonan, sila teliti syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu. Pastikan juga anda telah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini untuk anda memohon. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
    dan
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

Adalah menjadi keperluan buat anda mengetahui tugas-tugas Pembantu Penguat Kuasa KP19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pembantu Penguat Kuasa KP19 adalah seperti berikut.

  • Membantu membuat operasi penguat kuasaan.
  • Penyediaan statistik penguat kuasaan.
  • Menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setiap permohonan yang berjaya akan menduduki tapisan kedua iaitu peperiksaan perkhidmatan awam (jika jawatan yang anda mohon itu terdapat peperiksaan). Anda haruslah membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan ini dijalankan secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil pula untuk temuduga. Anda perlu bersedia dan anda haruslah menonjolkan kebolehan anda semasa sesi temuduga ini dijalankan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

Untuk memohon, sila isi permohoan anda di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Sila klik link berikut untuk isi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

Inginkan maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Penguatkuasa KP19, sila layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah.

Bagi anda yang berhasrat untuk memohon jawatan ini, kami sarankan anda berbuat demikian dengan segera. Kami mendoakan semoga permohonan yang anda buat akan membuahkan hasil.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...