[Update]Permohonan Pembiayaan Perniagaan RM3,000 TUNS Batch 2. Semak Kelayakan Disini

Penjaja dan peniaga kecil Negeri Sembilan yang adalah digalakkan untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan sebanyak RM3,000 untuk meningktkan perniagaan masing-masing.

Baca juga: 2 Jenis Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 & Cara Permohonan

Inisiaitf ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 menerusi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dengan peruntukan sebanyak RM3.00 juta.

Apakah syarat untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan sebanyak RM3,000 untuk penjaja dan peniaga kecil Negeri Sembilan? Semak disini.

INFO RINGKAS TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan.

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

OBJEKTIF TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

TARIKH PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN RM3,000

Anda boleh membuat permohonan bermula:

  • 1 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021

JUMLAH BANTUAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Jumlah pembiayaan perniagaan yang diperuntukkan adalah sebanyak:

  • RM3,000

Wang ini akan disalurkan melalui akaun milik pemohon. Pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN RM3,000

Syarat kelayakan untuk permohonan pembiayaan perniagaan RM3,000 untuk penjaja dan peniaga kecil ialah:

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta
  • Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh enam (6) bulan sebelum permohonan dibuat
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

CARA MOHON PEMBIAYAAN PERNIAGAAN RM3,000

Untuk membuat permohonan, anda perlu:

Permohonan Pembiayaan Perniagaan RM3,000 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

  • Lakukan pendaftaran maklumat peribadi.
  • Semak emel untuk pengesahan dan buat pengesahan.
  • Teruskan membuat permohonan anda.
  • Klik DAFTAR BUTIRAN ASAS untuk meneruskan permohonan.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik KEMASKINI.
  • Muat naik dokumen anda, maklumat perniagaan, maklumat lesen perniagaan serta maklumat berkaitan dan klik KEMASKINI.
  • Masukkan maklumat BUTIRAN BARANG  / PERALATAN dan klik SETERUSNYA.
  • Akhir sekali masukkan MAKLUMAT WARIS dan klik KEMASKINI.
  • Baca dan tandakan √ pada pengakuan dan klik HANTAR.
  • Ingat, permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini.

KOMPONEN PEMBIAYAAN GERAN RM3,000

Terdapat 5 komponen pembiayaan perniagaan yang disediakan iaitu:

1. Pembelian mesin dan peralatan perniagaan

Melibatkan pembelian mesin atau peralatan perniagaan yang berkaitan dengan jenis perniagaan yang dijalankan oleh pemohon. Sekiranya pemohon mempunyai pelbagai kod bidang perniagaan yang dinyatakan di dalam penyata pendaftaran perniagaan, permohonan yang dikemukakan hendaklah mewakili sektor perniagaan utama pemohon.

2. Pembangunan produk

Melibatkan kerja-kerja pembangunan produk perniagaan sama ada dibuat secara terus oleh pemohon atau melalui lantikan konsultan bagi tujuan pembangunan jenama (logo dan tagline) dan rekabentuk pembungkusan produk. Ia juga merangkumi kerja-kerja mendapatkan persijilan, ujian makmal untuk mendapatkan fakta nutrisi atau memanjangkan tempoh hayat produk dan yang seangkatan dengannya.

3. Promosi dan pemasaran

Melibatkan apa-apa kerja promosi dan pemasaran untuk memperkenalkan perniagaan atau pun produk. Komponen pembiayaan ini meliputi sewaan papan iklan, percetakan alat promosi, pengiklanan di media massa dan media sosial.

4. Pembelian bahan mentah

Melibatkan pembelian bahan mentah perniagaan utama yang dijalankan. Permohonan di bawah komponen ini adalah berkonsepkan tuntutan semula bagi tahun semasa. oleh yang demikian, pemohon perlu mengemukakan resit-resit asal pembelian kepada urus setia untuk tujuan pembuktian.

5. Modal kerja

Komponen pembiayaan ini merangkumi bayaran sewa premis/ tapak perniagaan dan bayaran bil utiliti di premis/ tapak perniagaan tersebut. Namun begitu perniagaan yang dijalankan di premis/ tapak perniagaan milik sendiri atau perniagaan yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian adalah tidak layak untuk memohon pembiayaan di bawah komponen ini.

Bagi bayaran sewa premis/tapak perniagaan yang dijalankan, pemohon perlu mengemukakan dokumen perjanjian sewa premis/ tapak perniagaan di antara pemohon dengan pemilik premis/ tapak perniagaan.

Bayaran bil utiliti yang dibenarkan termasuklah telefon talian tetap (fixed-line phone), internet, elektrik dan air. Permohonan di bawah komponen ini adalah berkonsepkan tuntutan semula bagi tahun semasa. oleh yang demikian, pemohon perlu mengemukakan resit-resit asal pembelian kepada urus setia untuk tujuan pembuktian.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN RM3,000

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan perniagaan RM3,000 ialah:

  • Salinan kad pengenalan (perlu disahkan)
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan lesen perniagaan
  • Salinan perakuan pendaftaran SSM (perlu disahkan)
  • Salinan penyata kewangan/akaun bank
  • Gambar perniagaan (screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan).
  • Salinan perjanjian sewa
  • Bil utiliti/resit pembayaran
  • Sebut harga
Nota: Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK).
Pembiayaan RM3000 TUNS

SENARAI PEGAWAI LAYAK MEMBUAT PENGESAHAN DOKUMEN

Antara pegawai yang layak membuat pengesahan dokumen adalah seperti lampiran berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan pembiayaan perniagaan TUNS RM3,000 sila ajukan ke:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.