Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang (BKSS)/Sarawak Pay RM1500 Di Buka

14,091

Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Anda rakyat Sarawak dan telah memohon BKSS tetapi tidak tersenarai? Berita baik buat anda kerana permohonan untuk rayuan BKSS telah dibuka bermula 18 April hingga 28 April 2020.

Untuk membuat rayuan BKSS ini, terdapat beberapa kriteria kelayakan rayuan BKSS yang perlu dipenuhi oleh anda.

rayuan BKSS

Kriteria Kelayakan Rayuan BKSS

Kriteria kelayakan rayuan BKSS adalah seperti berikut :

  • Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
  • Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Manakala bagi penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), secara automatiknya layak menerima BKSS.

Bagaimana Memohon Rayuan?

Anda perlu mengisi borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang perlu dimuat turun dan hantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan.atau terus mengisi secara online daripada laman web berikut:

Namun anda digalakkan untuk memohon secara online selaras dengan larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung ketika ini.

Berikut adalah contoh borang dan maklumat yang perlu diisi ketika membuat permohonan rayuan.

rayuan bkss

bkss2

bkss3

bkss4

bkss5

Semakan Keputusan Rayuan

Setelah membuat permohonan, anda boleh menyemak rayuan anda selepas 15 Jun melalui laman web yang sama iaitu : https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank yang anda kemukakan ketika permohonan rayuan dibuat.

Jika anda  tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa

Penerima bantuan tunai yang layak menerima bantuan akan dikreditkan RM250 setiap bulan ke dalam akaun simpanan untuk enam bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020.

2 Fasa Pembayaran

Terdapat dua fasa pembayaran iaitu, fasa pertama  pembayaran sebanyak RM750 selepas 17 April dan fasa kedua  sebanyak RM750 selepas 17 Julai 2020.

Rayuan BKSS Dibayar Disember

Terkini, para pemohon BKSS rayuan iaitu sebanyak 82,000 ketua isi rumah yang tercicir serta pemohon yang berjaya akan mendapat mendapat bayaran sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh selama 6 bulan.
Manakala bagi 40,000 pemohon bujan B40 yang tercicir pula dan telah membuat rayuan pula akan menerima bayaran secara one-off berjumlah RM500 yang akan dibayar pada Disember 2020.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan rayuan BKSS ini, anda boleh menghubungi :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...