Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM Telah Dibuka. Kemukakan Rayuan Anda Secara Online Sahaja
Calon lepasan SPM dah buat semakan UPUOnline belum?
Bagi anda yang ingin membuat rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022, sudah boleh mengemukakan rayuan anda melalui UPUOnline pada pautan yang akan dikongsikan disini.
Buat rayuan dengan segera kerana permohonan rayuan telah dibuka mulai 16 Julai 2021 selama 11 hari sehingga 26 Julai 2021 sahaja.
Baca juga: Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE LEPASAN SPM
Isi Kandungan
Tarikh permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik boleh dibuat mulai:
- 16 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021
SIAPA LAYAK MOHON RAYUAN UPUONLINE LEPASAN SPM?
Untuk pengetahuan anda:
- Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran Program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.
RAYUAN KE KOLEJ KOMUNITI (KK) & INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
Bagi rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah seperti berikut:
- Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA pula boleh diajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
PERMOHONAN PERTUKARAN TIDAK DIBENARKAN
Anda juga diingatkan bahawa:
- Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.
- Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online di:
- Masukkan Nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. Klik Log masuk.
- Buat permohonan rayuan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 sila hubungi MOHE di saluran berikut:
- Talian HOTLINE : 03 8870 8200
- Faks : 03 8870 6864
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.