Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online

7,111

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka pengambilan calon Guru Lepasan Ijazah bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) untuk ambilan Oktober 2021.

Permohonan telah dibuka mulai 12 Julai 2021 hingga 18 Julai 2021 dan anda yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera.

Semak syarat permohonan Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah secara online disini.

Baca juga: Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2. Mohon Secara Online

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

Tarikh permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) untuk ambilan Oktober 2021 ialah:

  • 12 Julai 2021 hingga 18 Julai 2021

BIDANG PENGKHUSUSAN

Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Korea

SYARAT KELAYAKAN ASAS PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

Syarat kelayakan asas adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1986.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan ialah:

  • Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web yang dikongsikan disini.
  • http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
  • Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.
  • Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT BIDANG PENGKHUSUSAN

Syarat kelayakan mengikut bidang pengkhususan adalah seperti berikut:

Bahasa Jepun

  • Memiliki tahap kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT).

     

  • Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jepun / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Bahasa Jerman

  • Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Test Deutsch als Fremdsprache (TestDaF).
  • Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Bahasa Korea

  • Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3).
  • Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online di:

Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online

PROSES KERJA & TARIKH PENTING PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

Proses kerja dan tarikh penting Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah seperti berikut:

Pengambilan Calon Guru Lepasan Ijazah. Ini Cara Mohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Online

Baca juga: BNM Tawarkan Graduan Penganalisis & Graduan Penganalisis Digital Melalui Program Graduan Kijang. Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ialah:

  • PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
    Aras 2, Blok 2250
    Jalan Usahawan 1
    63000 CYBERJAYA
  • Telefon: 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...