Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BNM Tawarkan Graduan Penganalisis & Graduan Penganalisis Digital Melalui Program Graduan Kijang. Mohon Disini

1,908

Graduan yang ingin ikuti Program Graduan Kijang Bank Negara Malaysia boleh membuat permohonan secara seperti yang akan dikongsikan disini.

Terdapat 2 jenis program yang ditawarkan melalui Program Graduan Kijang dan anda boleh membuat pilihan mengikut kesesuaian yang berpadanan dengan anda.

Semak cara membuat permohonan Program Graduan Kijang Bank Negara Malaysia dan terus buat permohonan disini.

Baca juga: eCCRIS BNM Online Sepenuhnya. Ini Cara Daftar & Download Laporan CCRIS Anda. Mudah & Pantas!

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Buat permohonan dengan segera sebelum:

  • 30 Julai 2021

2 JENIS TAWARAN PROGRAM GRADUAN KIJANG BNM

2 jenis tawaran dibawah Program Graduan Kijang BNM ialah:

1. Graduan Penganalisis

  • Aliran Graduan Penganalisis memberikan anda pengalaman yang holistik tentang tugasan di perbankan pusat. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan.

2. Graduan Penganalisis Digital

  • Aliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja yang lebih tertumpu pada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan. Anda akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan.
  • Langkah ini membolehkan anda meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.

3 KAEDAH PROGRAM GRADUAN KIJANG BNM

Terdapat 3 kaedah Program Graduan Kijang BNM yang akan dilalui oleh graduan yang mengikuti program ini iaitu:

1. Program Onboarding (Suai Tugas)

Sesi onboarding akan dijalankan selama dua minggu dengan memberikan tumpuan pada organisasi, fungsi-fungsi utama serta budaya dan nilai Bank.

2. Program Mentor

Anda akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang akan membantu anda untuk terus maju dalam mencapai matlamat kerjaya anda.

3. Sesi-sesi Networking

Anda akan berpeluang untuk bertemu dan membina hubungan dengan Graduan Penganalisis yang lain dan kakitangan Bank melalui perjumpaan networking tidak formal (secara maya atau bersemuka).

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Sedang belajar atau memiliki kelayakan akademik yang berikut:
    – Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka.

ATAU

  • Skor purata sebanyak 65 dalam semua peperiksaan, ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka.
  • Akan menerima ijazah atau telah menerima ijazah sebelum 1 September 2021.
  • Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online sahaja seperti berikut:

BNM Tawarkan Graduan Penganalisis & Graduan Penganalisis Digital Melalui Program Graduan Kijang. Mohon Disini

  • Buat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Kemudian log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.

BNM Tawarkan Graduan Penganalisis & Graduan Penganalisis Digital Melalui Program Graduan Kijang. Mohon Disini

  • Seterusnya buat permohonan anda.

BNM Tawarkan Graduan Penganalisis & Graduan Penganalisis Digital Melalui Program Graduan Kijang. Mohon Disini

Baca juga: Elaun Sehingga RM1,350. Ini Cara Mohon Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia Selama 2 Hingga 6 Bulan. Semak Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Graduan Kijang BNM di Pusat Perhubungan BNM TELELINK seperti berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...